Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersubahat dengan kontraktor
utama China Communications Construction Company (CCCC) untuk menaikkan
kos Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRP) daripada RM30 bilion
kepada RM60 bilion bagi membayar hutang 1MDB.
RM30 bilion itu juga bukan hanya digunakan untuk menyelamatkan
kantung hutang yang ditanggung 1MDB, malah ia juga bertujuan untuk
membayar hutang yang dibuat Jho Low. Mengikut Sarawk Report, kabinet
akan meluluskan projek berkenaan hari ini(27 Julai 2016).
Oleh MUHAMMAD SYAFIQ AZMI
Inilah kelicikan yang dimiliki oleh Najib Razak. Disaat dunia sedang
mendedahkan skandal yang mana nama beliau terpalit sama walau secara
tidak langsung, beliau terus melakukan aktiviti yang sama. Menggunakan
dana rakyat untuk menyelamatkan Tabung Haji Heavy Engineering sebanyak
RM740 juta(hampir RM1 bilion), kini beliau sedang memperdagangkan nasib
rakyat kepada negara luar dengan isu RM30 bilion ini.
Zaman Najib Razak adalah era yang memeritkan buat rakyat dan negara.
Kehilangan Pulau Batu Putih, penjualan IPP(janakuasa) milik Edra Energy
kepada konsortium China-Qatar, penjualan TRX dengan kadar yang mahal
kepada Tabung Haji sedangkan dibeli dengan hanya RM60 sekaki, apa lagi
yang akan dibuat oleh Najib Razak selepas ini?
Jika rakyat masih tidak sedar dan celik, anda sebenarnya sedang
mengizinkan perlakuan dan perbuatan sumbang yang dilakukan Najib Razak
dan kerajaan pimpinannya. Ianya cukup memualkan bila melihat sikap
pimpinan negara terutama dari Barisan Nasional yang seolah-olah
menganggap Najib Razak itu maksum dan sedang berbuat perkara yang betul.
Adakah mereka juga terlibat dan punya kaitan dengan skandal 1MDB yang
sedang hangat dibincangkan oleh dunia mutakhir ini? Biar waktu yang
tentukan.
Sekian.
Najib terus aktif cari dana "bailout" 1MDB dan Jho Low
Written By Wadah Baru on Rabu, 27 Julai 2016 | 11:04 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan