Oleh Hayar Hassan
Mutakhir
ini topik yang menjadi perbualan hangat di Pulau Pinang adalah, "
Benarkah kita akan mengundi lagi dalam Pilihan Raya Negeri @ PRN ? ". Di
majlis-majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri 1437 atau pun di
khenduri-khenduri perkahwinan @ Walimatulurus , persoalan ringkas ini
sering dilontarkan kepada tokoh-tokoh politik setempat secara santai,
tetapi penuh dengan hasrat untuk mendapatkan jawapan yang jelas.
Tokoh-tokoh politik yang ditemui tersebut agak terkejut juga apabila
diajukan soalan tersebut. Mereka sering menjawab, " Tunggu dan lihat
dulu, masih dalam perbincangan ". Namun demikian, masyarakat yang
berminat mengikuti pergolakan politik Tanah Air sering kali disogokkan
dengan spekulasi PRN PP ini di dunia maya, tetap mahu mendapatkan
kepastian !
Dalam
Pakatan Harapan @ PH Pulau Pinang, yang kuat dan penuh yakin untuk
mengadakan PRN adalah DAP. Masyarakat dan pengundi-pengundi Pulau Pinang
amat faham akan rasionalnya DAP bersungguh-sungguh untuk mengadakan PRN
Pulau Pinang. DAP ingin mendapatkan respon pengundi-pengundi terhadap
tindakan pendakwaan salah guna kuasa dan rasuah yang telah dikenakan
kepada Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Saudara Lim Guan Eng @ LGE. Bagi
DAP dan seluruh pimpinan PH, kedua-dua pertuduhan ini adalah
pertuduhan-pertuduhan terpilih dan bermotifkan politik. Diandaikan
bahawa ianya adalah sebahagian daripada Pelan Strategi UMNO/BN Untuk
Memporakperandakan Pembangkang Menjelang PRU ke 14.
Mengikut
sejarah, parti DAP tidak pernah bergabung dengan UMNO/BN. PAS sudah
punya pengalaman pahit dan manis bergabung dengan UMNO/BN. Selepas PRU
ke 4, tahun 1969, DAP tetap menolak untuk menyertai BN ,walau pun telah
ditawarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Sampai sekarang DAP masih
konsisten untuk tidak mahu bergabung dengan UMNO/BN, walau pun DAP
mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang banyak. Sepertinya DAP tidak
termakan dan tertarik dengan umpan UMNO/BN dengan tawaran
jawatan-jawatan menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen.
Dengan rekod ini, DAP dihormati oleh penyokong-penyokong nya dan
digeruni serta dicemburui oleh UMNO/BN. Mungkin pimpinang DAP telah
melihat sendiri apa yang telah terjadi kepada parti-parti yang pernah
bergabung dengan UMNO/BN. Saudara Lim Kit Siang adalah satu-satu orang
lama DAP yang boleh dijadikan rujukan dan tempat meminta nasihat
berkaitan dengan tipu muslihat, sepak terajang UMNO/BN. Kebanyakan
daripada parti-parti komponen BN telah berkubur atau pun tidak punya
"umph " lagi. USNO, BERJAYA dan BERJASA telah hilang dalam lipatan
sejarah. Gerakan, MCA, MIC, PPP sudah tidak bertaring lagi.
Sebagai
tunggak utama BN, UMNO hanya mahu semua komponen parti-parti dalam BN
mengikut telunjuk mereka. Berbeza pandangan dengan UMNO boleh dianggap
mengkhianati BN dan tidak boleh lagi terus berada dalam mahligai mewah
BN. Ini telah pernah terjadi kepada PAS, USNO dan Berjaya. UMNO umpama
"Big Brother" dalam BN, orang lain tidak boleh memandai-mandai dalam BN.
Dalam berpolitik di Malaysia, semuanya hendaklah mengikut rentak dan
tarian UMNO. Mana-mana tokoh yang tidak mengikut rentak UMNO akan
dijatuhkan secara terancang satu persatu. Begitulah yang telah terjadi
kepada DSAI dan Saudara LGE. Malah mantan Presiden MCA, Datuk Seri Lee
Liong Sik hampir menerima nasib yang sama seperti dengan DSAI. Rakyat
menunggu-nunggu apakah yang bakal terjadi kepada Tun Mahathir Mohamad ,
mantan PM ke 4 yang begitu lantang menentang PM waktu ini.
Berbalik
kepada ura-ura mengadakan PRN Pulau Pinang secara mengejut, UMNO, MCA
dan Gerakan dilihat kurang berminat dan bersedia untuk menghadapi nya.
Berbagai-bagai hujah di berikan agar ianya tidak diteruskan. Presiden
Gerakan, Mah Siew Keong berpendapat undi pengundi-pengundi Cina yang
telah diraih oleh BN dalam dua PRK Sungai Besar dan Kuala kangsar
baru-baru ini akan beralih semula kepada DAP kerana rata-rata orang Cina
amat marah kerana pendakwaan kes rasuah terhadap LGE itu. Menteri Di
JPM, YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, merangkap Pengarah Komunikasi
Strategik BN juga secara sinis menyarankan agar DAP mencari pengganti KM
yang baru di Pulau Pinang. Seolah-olah Saudara LGE benar-benar akan
direhatkan daripada aktif berpolitik di Malaysia.
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Dato'Seri Zainal Abidin Osman juga
kurang berminat terhadap PRN ini. PKR dan PAN,rakan DAP dalam PH masih
belum memutuskannya. Seandai nya PRN PP itu nanti benar-benar terjadi,
pengundi-pengundi Melayu Pulau Pinang ingin melihat beberapa perkara
seperti berikut :-
1)
Adakah LGE akan menawarkan diri untuk bertanding dalam PRN PP ini ?
Sekiranya YAB LGE tidak bertanding, siapakah calon simpanan DAP untuk
jawatan KM Pulau Pinang itu ? Calon simpanan mestilah orang yang
berkarisma dan mempunyai jatidiri yang kental. Saya melihat YB Saudara
Tony Phua berkemungkinan sesuai dan punya kaliber. Kekurangan YB Saudara
Tony Phua adalah dia agak baru dalam politik tanah air tercinta ini.
Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjayanya tidak diragukan.
2) Adakah DAP akan menonjolkan calon-calon ADUN daripada ahli-ahli nya berbangsa Melayu dan beragama Islam ?
3)
Adakah Saudara Mohamad Sabu, Presiden PAN akan bertanding di DUN PP,
negeri kelahiran nya? Saudara Mohd Sabu wajar bertanding di DUN Sungai
Dua kerana berdekatan dengan kampong halamannya.
4) Mampukah PAN memenangi kerusi DUN Permatang Pasir yang waktu ini dipegang oleh PAS ?
5)
Mungkin kah ada calon lain yang akan menggantikan Dato' Abdul Rashid
Hasnon sebagai TKM 1 ? Prestasi kerja TKM 1 ini tersangat baik dan
beliau mempunyai karisma dan watak yang disenangi oleh semua orang.
6)
Masa depan PAS akan lebih terserlah selepas PRN PP ini. Semoga parti
ini tidak melalui episod-episod kisah seperti Pak Lebai Malang dalam
cerita-cerita rakyat .
Ramai
berpendapat, mengadakan PRN PP secara mengejut ini juga adalah amat
wajar sekali kerana parti baru tajaan Tun Mahadhir Mohamad masih belum
didaftarkan lagi. Sekiranya Gagasan Rakyat Saksama benar-benar tertubuh
nanti, pembahagian kerusi-kerusi DUN dalam PH menjadi lebih sulit lagi.
Hujung-hujungnya akan berlaku banyak pertandingan lebih daripa tiga
penjuru. Pertandingan lebih daripada dua penjuru banyak menguntungkan
BN. Umum berpendapat PH akan diberikan semula mandat untuk menerajui
Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Suatu
sudut yang perlu dipertimbangkan secara masak-masak oleh PH adalah,
belum pernah lagi sebuah Kerajaan Negeri Pembangkang di Malaysia ini
berjaya mengadakan PRN secara mengejut. Adakah laluannya nanti menjadi
mudah atau menemui jalan buntu ! Kita tidak mahu sejarah krisis politik
di Perak Darul Ridzuan berulang lagi. Seandainya ini berlaku, suatu
krisis politik akan berlaku dan ianya amat terdedah kepada sebarang
kemungkinan. BN/UMNO akan pastinya mengambil peluang dan kesempatan
sekiranya semua keadaan berpihak kepada mereka. Ini adalah risiko yang
bakal dihadapi oleh PH.
" Selamat Mengundi kepada pengundi-pengundi DUN Pulau Pinang. Anda perlu bijaksana dalam memberikan undi anda."
Sekian, terima kasih.
Hayar Hassan
28 Julai 2016
0 ulasan:
Catat Ulasan