Home » , » Parti Bersatu untuk tegar dan cenderung Umno, kata Syed Saddiq

Parti Bersatu untuk tegar dan cenderung Umno, kata Syed Saddiq

Written By Wadah Baru on Khamis, 18 Ogos 2016 | 12:12 PTG

Aktivis anak muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyasarkan orang Melayu yang tegar menyokong dan cenderung kepada Umno.

Bercakap pada forum ‘Parti Baru = Harapan Baru?” malam tadi di Petaling Jaya, beliau berkata, Bersatu dilihat pilihan kepada orang Melayu yang belum bersedia dengan parti tanpa berasaskan kaum.

“Sekarang ada pelbagai parti berbilang kaum. Bagaimana untuk kita tarik penyokong tegar Umno? Mereka mahu buat lonjakan tetapi tidak mahu terlalu jauh.

“Saya percaya Bersatu memastikan mereka yang tegar dan cenderung kepada Umno untuk menyokong parti pembangkang,” ujarnya sebagai panelis dalam forum anjuran Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) itu.

Menurut Pendebat Terbaik Asia itu, gejala rasuah yang berleluasa dalam Umno seperti membelenggu orang Melayu untuk melakukan perubahan.

“Saya percaya perlunya parti politik berteraskan Bumiputera untuk membebaskan Melayu daripada kemelut rasuah yang mewabak dalam Umno,” jelas Saddiq yang sebelum ini pernah mengakui penyebaran foto menyerupainya di kelab malam adalah beliau sendiri.

Mengulas lanjut kesedaran orang Melayu dalam menolak Umno, pelajar jurusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, mereka perlu tegas melaksanakan agenda perubahan.

“Saya percaya selagi orang Melayu tidak berdiri bersuara lantang selagi itulah masalah (rasuah) berterusan. Orang Melayu perlu lantang bersuara ketengahkan agenda reformasi supaya mereka tidak bersangkut paut dengan gejala rasuah,” tambahnya lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger