Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) disaran segera mengambil
tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad,
Ketua Umno bahagian Langkawi yang dianggap telah menghina Yang Di
Pertuan Agong.
"Kenyataan Nawawi satu percubaan jahat untuk mendorong rakyat supaya
menyalahkan dan bermusuhan dengan Yang Di Pertuan Agong dalam isu yang
berkait dengan 1MDB," kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar
dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau cukup kesal dengan kenyataan Nawawi dalam Facebook yang menghuraikan siapa MO1.
"Kenyataan beliau yang saya anggap tidak wajar datang dari seorang
yang berpendidikan sepertinya dan berkedudukan sebagai Ahli Parlimen
yang bertanggung jawab dalam menggubal dasar.
Kenyataan Nawawi menyerlah watak Awang Liku dalam diri Nawawi," katanya.
Menurutnya, Nawawi sebagai Ketua Umno Bahagian dan Ahli Parlimen
Langkawi sepatutnya tidak membuat tafsiran MO1 semacam dia adalah
pelawak ghazal parti.
"Jelas dalam perbincangan di FB yang beliau sertai topik MO1 itu di rujuk kepada dokumen DOJ.
"Cukup jelas dalam perkara 28 dan 29 dokumen DOJ menyatakan MO1
adalah yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan Malayasia dan Riza Aziz
mempunyai family relative dengan MO1.
"Riza Aziz anak Rosmah, bukannya Yang Di Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah menjadi bapa tiri Riza Aziz.
"Yang Di Pertuan Agong bukan suami Rosmah," katanya.
Baginya tidak wajar Nawawi mentafsirkan MO1 adalah Yang Di Pertuan Agong.
"Ini sangat biadap.
"Seolah-olah wang berjumlah AS681 juta yang di sebut dalam dokumen
DOJ berakhir dalam akaun MO1 itu adalah akaun Yang Di Pertuan Agong.
"Ini seperti Nawawi, ketua Umno bahagian Langkawi menuduh Yang Di
Pertuan Agong sebagai penjenayah yang dimaksudkan oleh dokumen DOJ,"
katanya.
Beliau menuntut supaya Nawawi tampil memohon ampun kepada Ke Bawah Duli Tuanku Yang Di Pertuan Agong seberapa segera.
"Dia juga kena buat kenyataan menarik balik kenyataan beliau yang MO1
adalah Yang Di Pertuan Agong dan mengaku kenyataan beliau adalah
kenyataan yang bodoh," katanya.
Umno kena ambil tindakan disiplin terhadap Nawawi
Written By Wadah Baru on Khamis, 18 Ogos 2016 | 11:54 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan