Keberanian ahli Parlimen Pandan Rafizi
Ramli membongkar salah laku pemerintah negara sehingga dijatuhi hukuman
penjara mengundang rasa kagum timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Beliau dengan puitis menukilkan
kata-kata semangat untuk Rafizi yang dijatuhi hukuman penjara 18 bulan
hari ini kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Dalam nukilannya, Salahuddin menyifatkan Rafizi sebagai seorang pejuang yang berani dan beramal dengan apa yang diyakini.
Berikut merupakan nukilan penuh Salahuddin kepada Rafizi:
Kepada sahabatku Rafizi Ramli
Saudara telah melakukan sesuatu yang benar dalam melunsuri jejak kebenaran yang menjadi teras dalam perjuangan islam.
Sebagai
seorang islam saya merasa malu kerana mungkin keberanian saya tidak
seperti saudara yang bersungguh dalam menentang kezaliman pemerintah
negara ini.
Denyutan perjuangan saudara terasa benar desirannya dihati rakyat diluar sana kerana saudara beramal dengan apa saudara yakin.
Saudara tidak pernah bersenggama dengan kezaliman walaupun lidah saudara tidak petah berkuliah dengan berjuta nas dan fatwa.
Saya akan terus belajar dari nafas perjuangan saudara kerana saudara adalah penafsir kalam yang mulia.
Rafizi yang juga setiausaha agung PKR
dalam reaksi melalui twitter sejurus menerima hukuman itu berkata beliau
sudah menjangkakan keputusan hari ini.
"Saya tidak terkejut, sedih, marah, takut atau apa-apa. Tiada perasaan sebegitu. Ini satu lagi hari biasa. Sudah lama begini.
“Apa yang tidak membunuh anda menjadikan anda lebih kuat,” katanya.
Beliau dijatuhi hukuman penjara atas dua
tuduhan membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB, yang
diklasifikasikan sebagai sulit.
Hakim Zulqarnian Hassan menetapkan hukuman 18 bulan masing-masing untuk 2 pertuduhan itu dijalankan serentak.
0 ulasan:
Catat Ulasan