Tidak dapat dinafikan ramai lagi pimpinan Umno Kedah akan meninggalkan
parti tersebut menjelangnya pilihan raya umum ke 14 yang akan datang,
kata Ketua Pemuda Parti Amanah Kedah Asmirul Anuar Aris.
Beliau berkata, walaupun sebelum ini ramai bekas pimpinan Umno dari
pelbagai peringkat dan sayap telah menyertai Parti Bersatu Pribumi
Malaysia (PPBM) di Kedah, kejutan ini mampu menggoncang kedudukan Umno
tidak lama lagi.
"Terdapat beberapa lagi tokoh Umno yang amat disegani di Kedah telah
pun menyatakan hasrat mereka untuk meninggalkan Umno tidak lama lagi.
"Cumanya masa yang akan menentukan untuk mereka mengisytiharkan diri menyertai komponen Pakatan Harapan di Kedah.
"Saya optimis bukan saja tokoh-tokoh yang berpengaruh akan
meninggalkan Umno Kedah, sebaliknya penyokong mereka juga akan turut
serta, " jelasnya lagi.
Asmirul juga berkata antara pimpinan yang akan meninggalkan Umno merupakan tokoh yang mempunyai pengaruh.
"Mereka ini memilki kriteria kepimpinan yang menjadi pilihan rakyat.
"Salah seorang dari pimpinan ini adalah dari Bahagian Baling yang turut akan menyertai Bersatu tidak lama lagi.
"Keberanian mereka meninggalkan Umno membuktikan bahawa Umno sudah
tidak lagi relevan untuk membela nasib orang Melayu dan juga rakyat di
Kedah, " tegasnya lagi.
Malah katanya, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak yang semakin lemah dan terpalit dengan pelbagai dakwaan skandal
menjadi punca ramai yang akan meninggalkan Umno tidak lama lagi.
Tambah Asmirul lagi, hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan
Najib turut mempengaruhi tindakan yang diambil walaupun ramai antara
tokoh-tokoh tersebut adalah orang yang berpengaruh di Baling dan juga
Kedah.
"Pengaruh yang ada pada Tun Mahathir sebagai pemimpin telah masak
dengan sepak terjang Umno Kedah juga mempengaruhi sokongan yang diambil
oleh pimpinan tersebut kali ini.
"Selain itu sokongan yang ada pada Datuk Seri Mukhriz sebagai bekas
Menteri Besar Kedah yang disegani dan dekat dengan 'grass root' Umno
juga menjadi faktor kepada sokongan yang akan menjadi realiti tidak lama
lagi.
"Kejutan ini nanti akan memberi satu tamparan hebat bukan saja kepada
kepimpinan Umno Kedah, tetapi juga kepada kepimpinan Najib yang penuh
dengan seribu satu macam persoalan yang meragukan, " ujarnya lagi.
Ramai lagi pemimpin Umno Kedah sertai Amanah menjelang PRU14
Written By Wadah Baru on Rabu, 30 November 2016 | 9:43 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan