Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggesa Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan laporan penuh ketua audit
negara mengenai 1MDB yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Saya sekali lagi menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk menunjukkan
keberanian dan membenarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai
1MDB dikeluarkan dari klasifikasi rahsia rasmi, lebih-lebih lagi kerana
beliaulah yang mengarahkan ketua audit negara mengklasifikasikan laporan
tersebut di bawah OSA," katanya dalam satu kenyataan.
Ketua pembangkang itu membuat gesaan tersebut berikutan keputusan
mahkamah sesyen menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Setiausaha
Agung PKR, Rafizi Ramli di bawah OSA.
Rafizi didakwa memililiki 98 mukasurat laporan ketua audit negara tanpa kebenaran yang melanggar Seksyen 8 (1) (c) (iii) OSA.
Mahkamah Sesyen bagaimanapun menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.
Menyifatkan ia hari yang cukup sedih buat demokrasi Malaysia, Wan
Azizah berkata Rafizi dihadapkan ke mahkamah kerana mempertahankan hak
dan kepentingan rakyat.
Menurutnya, negara lain seperti Singapura, Amerika Syarikat dan
Switzerland telahpun mengambil tindakan terhadap beberapa individu yang
mempunyai kaitan langsung dengan penyelewengan 1MDB.
"Tanpa laporan penuh Ketua Audit Negara ini, Parlimen tidak dapat
membincangkan dapatan dan syor serta mengenalpasti bagaimana sejumlah
wang yang sangat besar telah berjaya diseleweng beberapa pihak,"
katanya.
Menurutnya lagi, keengganan Putrajaya mengeluarkan laporan tersebut
daripada klasifikasi rahsia rasmi hanya akan mengukuhkan persepsi bahawa
kerajaan tidak mahu kebenaran diketahui umum.
Bagaimanapun katanya, seluruh anggota pimpinan PKR tetap berdiri teguh dan mempertahankan Rafizi daripada tuduhan berkenaan.
"Saya mendoakan agar saudara Rafizi dan keluarga diberi kekuatan dan
ketabahan untuk menghadapi dugaan yang cukup mencabar ini," ujarnya.
Wan Azizah gesa Najib dedah laporan audit 1MDB
Written By Wadah Baru on Selasa, 15 November 2016 | 10:55 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan