KUALA LUMPUR, 21 JAN: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) diminta oleh MCA dan
bukannya DAP.
“Saya dilaporkan berkata DAP telah meminta untuk dilantik jawatan timbalan perdana menteri kedua.
“Saya ingin betulkan kesalahan itu. Bukan DAP tetapi adalah MCA,” jelasbeliau dalam blognya.
Beliau merujuk perkara itu kepada satu laporan Jabatan Penerangan
Malaysia pada tahun 2009 dimana Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk
Loke Yuen Yow, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN
untuk diisi presiden MCA.
Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan
sekeras-kerasnya dakwaan bahawa DAP mahukan jawatan Timbalan Perdana
Menteri jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurut Guan Eng, DAP tidak pernah membincangkan perkara itu dengan mana-mana pihak termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“DAP hanya akan bertanding dalam 50 kerusi pada pilihan raya depan.
Kita tidak pernah membuat apa-apa tuntutan untuk jawatan TPM,” katanya.
Kata beliau, DAP konsisten dengan pendirian untuk melantik Ketua Umum
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri jika Pakatan
Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Jawatan TPM: MCA yang minta, DAP tak pernah bincang
Written By Wadah Baru on Sabtu, 21 Januari 2017 | 9:58 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan