Pusat Rohingya Asean (ARC) hari ini menubuhkan Majlis Muafakat
Rohingya sebagai badan yang bertanggungjawab menyekat penularan fahaman
ekstremis dalam kalangan masyarakat Rohingya di negara ini.
Pengarah Eksekutif ARC Dr Helmi Ibrahim berkata majlis ditadbir ARC
itu juga bertindak menjaga kebajikan masyarakat Rohingya dan badan
pelaksana terhadap sebarang keputusan yang dipersetujui gabungan
pemimpin di dalam majlis itu.
"Penubuhan majlis ini sebagai tanda sokongan terhadap kenyataan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menegaskan
isu Rohingya perlu ditangani segera agar pengaruh ekstremis tidak
menular ke wilayah Rakhine, Myanmar.
"ARC menyatakan kebimbangan terhadap perkara ini kerana pengaruh
tersebut berpotensi menular ke dalam masyarakat Rohingya di negara ini
sekiranya kebajikan mereka tidak terbela," katanya dalam satu kenyataan.
Helmi berkata majlis itu juga ditubuhkan memandangkan segala usaha
mewujudkan kesatuan masyarakat Rohingya di negara ini gagal sejak
beberapa tahun lepas.
"Majlis ini akan menjadi badan konsultatif kepada masyarakat Rohingya," katanya.
Beliau berkata ARC juga menyokong usaha kerajaan mengadakan mesyuarat
tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 19 Jan ini di sini,
selain berharap OIC akan mengisytiharkan 2017 sebagai Tahun Solidariti
Antarabangsa Bersama Rohingya.
"ARC berharap Malaysia menjadi pencadang kepada deklarasi tersebut dan OIC akan menerimanya sebagai deklarasi OIC.
"Ini bertujuan menarik perhatian antarabangsa untuk merangka pelbagai inisiatif bagi membantu masyarakat Rohingya," katanya.
Majlis Muafakat Rohingya ditubuh sekat penularan pengaruh ekstremis
Written By Wadah Baru on Isnin, 16 Januari 2017 | 12:41 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan