Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak menolak kemungkinan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi akan bermain ‘silap mata’
dalam isu yang membelit Felda hari ini.
Katanya, dalam silap mata itu, bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad bakal dijadikan kambing bagi menyelamatkan undi Umno-BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Kita dah nampak ada dua,tiga langkah ke arah silap mata itu. Pertama tempoh perkhidmatan Tan Sri Isa Samad tidak disambung dan diganti dengan Tan Sri Shahir Samad, kita dah boleh baca ini ke arah silap mata untuk menyalahkan semua kepada Isa.
"Kalau Umno-BN berjaya menunjukkan mereka semua berniat baik dan Shahrir baik dan ini semua Isa punya pasal.
“Dia boleh buat silap mata, dah dekat PRU nanti dia carilah duit dekat mana-mana dan dia buatlah pengumuman apa-apa," kata Rafizi pada sidang medianya di ibu pejabat Invoke, Sungai Besi hari ini dan disiarkan secara langsung di laman Facebook.
Menurut Rafizi, dengan segala masalah yang didedahkan, Najib yang juga presiden Umno tidak lagi boleh menutup masalah Felda.
Silap mata lagi?
Pada pilihan raya umum ke -3 lalu Najib didakwa bermain silap mata dengan menyenaraikan Felda Global Ventures (FGV).
"PRU-13 dulu ada silap mata dia senaraikan FGV, wang yang dipinjam atas alasan untuk senaraikan FGV itu sebenarnya dikembalikan kepada peneroka yang dijadikan bonus penyenaraian dan RM15,000 itu kemudiannya jadi modal politik untuk tutup masalah Felda pada ketika itu untuk beri undi yang besar kepada Umno-BN pada PRU lepas.
"Sekarang saya pasti peneroka tahu lawak paling besar yang Najib buat ialah meminjam wang kemudian memberikan bonus kepada peneroka Felda dan sekarang peneroka baru tahu bonus itu adalah hutang yang mereka kena bayar sekarang," katanya.
Oleh demikian, Rafizi berkata berikutan langkah yang dihidu itu, Pakatan Harapan telah mengadakan perbincangan bagi berdepan dengan segala kemungkinan sekiranya Najib cuba mengulangi taktik yang sama.
"Jika kita tak bersedia daripada awal sampaikan maklumat bahawa jelas dalam kepala peneroka dan generasi kedua masalah Felda ini adalah masalah Najib dan Umno bukan masalah Isa," katanya.
Langkah itu dimulakan Pakatan Harapan dengan mengadakan kempen "Felda Sekarang Bukan Yang Dulu" bagi membela nasib peneroka dan generasi baru yang didakwa dirompak kerajaan BN.
Malah, kempen tersebut juga akan disusuli dengan Kongres Felda pada 19 Mac depan yang akan diadakan di Shah Alam.

0 ulasan:
Catat Ulasan