Home » , » ANAK Gesa Usul Tergempar Mengenai Felda Di Parlimen

ANAK Gesa Usul Tergempar Mengenai Felda Di Parlimen

Written By Wadah Baru on Rabu, 8 Mac 2017 | 3:35 PTG

Oleh Mazlan Aliman

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) menggesa mana mana Ahli Parlimen
dapat mengemukakan Usul Tergempar mengenai FELDA pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Antara kandungan usul wajar dikemukakan:-

1. Penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja(RCI) mengenai kehilangan berbilion wang felda khususnya di zaman Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda

2. Siasatan menyeluruh sebab kerugian besar Felda seperti dalam Laporan Tahunan Felda pada 2013 dan 2014

3. Kaji semula kedudukan FGV dalam Bursa Malaysia yang menjejaskan kestabilan Felda pada ketika ini

Felda dibangunkan di bawah Group Settlement Act 1960(GSA) selaras dengan peruntukan di bawah Artikel 76 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah GSA, Felda bertindak sebagai Agen Pengurusan yang berkuasa di bawah Ordinan Pembangunan Tanah 1956 yang menyelenggara kebun peneroka dan diikat dengan perjanjian tertentu.

Jika penubuhan Felda bermula di Parlimen, ANAK berpandangan, Parlimen jugalah medan terbaik membincangkan situasi Felda yang sedang parah.

ANAK difahamkan ada soalan bertulis mengenai Felda dikemukakan oleh Ahli Parlimen. Namun, ia tidak memadai dengan senario dan kemelut yang sedang dihadapi Felda.

Sejumlah 1.5 juta warga Felda yang terdiri dari peneroka, generasi baharu Felda dan kakitangan Felda amat menaruh harapan kepada Ahli ahli Parlimen agar memainkan peranan pro aktif khususnya Sidang Parlimen demi menyelamatkan sebuah institusi rakyat yang sedang terumbang ambing akibat salah urus, penyelewengan; dari dasar yang tersasar sebagaimana penubuhannya dulu.

MENERAJUI PERUBAHAN

Mazlan Aliman
Presiden ANAK
7 Mac 2017

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger