PETALING JAYA: Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin 
tidak yakin debat yang ditunggu-tunggu mengenai 1MDB di antara Tun Dr 
Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz akan berlangsung.
Zainuddin, atau Zam, berkata ia kerana Nazri akan dihentikan oleh 
partinya atas alasan ia melanggar disiplin kerana tidak mendapat 
kebenaran parti terlebih dulu.
Bekas ketua pengarang media Umno Kumpulan Utusan Melayu itu berkata 
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa, dan Menteri Komunikasi dan 
Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, 2 pemimpin yang menjadi 
pengkritik Dr Mahathir, juga tidak mahu persepsi mereka berdua takut 
berdepan bekas perdana menteri itu dan digelar “hanya berani menikam 
Mahathir dari belakang”.
“Tidak mengejutkan bila Annuar Musa tidak merestukan Nazri sebagai 
mewakili parti kerana Nazri telah mengambil tanggungjawab yang sepatut 
dilakukannya sebagai ketua penerangan Umno,” katanya.
Nazri baru-baru ini menerima cabaran Dr Mahathir untuk berdebat 
dengannya mengenai beberapa isu termasuk 1MDB dan skandal BMF yang 
berlaku di era 1980-an.
Annuar baru-baru ini berkata debat yang dijadualkan pada 25 Mac di 
Padang Rengas, Perak itu tidak mewakili Umno, dan bersifat peribadi.
Susulan itu, Zam membayangkan kemungkinan acara itu tidak akan 
berlaku, menceritakan pengalamannya dulu ketika cuba menjadi orang 
tengah di antara Dr Mahathir dan perdana menteri waktu itu Tun Abdullah 
Ahmad Badawi.
“Saya telah ditegur oleh Abdullah kerana didakwa saya tidak 
memaklumkan kepada parti untuk mengatur pertemuan damai beliau dengan 
Tun,” katanya, yang menafikan tidak mendapat izin Abdullah.
Sebaliknya, Zam berkata Abdullah “dihasut” oleh “budak-budak berhingus tingkat empat”.
Tingkat 4 merupakan panggilan terhadap penasihat Abdullah ketika itu.
Menurut Zam, sama ada suka atau tidak, Nazri tetap dilihat mewakili 
Umno dan kerajaan kerana beliau adalah anggota Majlis Tertinggi Umno dan
 juga ahli kabinet.
Bagaimanapun, Zam berkata apa yang terbukti daripada episod debat ini
 ialah Nazri “bukanlah Pondan Padang Rengas tetapi Wira Berani Padang 
Rengas”.
Bersedia debat Nazri-Mahathir dibatalkan, kata Zam
Written By Wadah Baru on Jumaat, 17 Mac 2017 | 9:52 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.



0 ulasan:
Catat Ulasan