PETALING JAYA: PAS mengancam untuk memutuskan hubungan dengan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya parti itu menyertai Pakatan
Harapan (PH).
Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS tidak lagi
berminat untuk sepentas bersama PPBM jika parti itu menyertai pakatan
pembangkang terbesar negara ini.
“Ini kerana PAS sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan
Harapan. Kalau itulah keputusan rasminya, kita terpaksa membuat
keputusan untuk tiada lagi hubungan dengan PPBM.
“Kerana itu tidak ada lagi perbincangan untuk terus bersama dan ia
dianggap sudah selesai,” katanya lapor Harakah Daily hari ini.
Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menyatakan PPBM sebulat suara bersetuju membentuk gabungan rasmi dengan PH.
Dengan itu, PPBM akan menyertai pilihan raya umum akan datang bawah 1
logo, 1 manifesto dan seorang calon bagi setiap kerusi yang diputuskan.
PPBM juga bersetuju untuk membentuk nama baru bagi gabungan
berkenaan, serta logo dan simbol baru untuk pilihan raya umum akan
datang.
Bagaimanapun, Amar menghormati pendirian PPBM menyertai PH.
“Kita ada pendirian kita dan orang lain juga ada pendirian sendiri.
Kita tidak boleh nak paksa sesiapa ikut kita,” katanya, dan mengingatkan
PAS juga mempunyai pakatan tersendiri yang dikenali sebagai Gagasan
Sejahtera.
PAS-PPBM putus jika sertai Pakatan Harapan, kata Nik Amar
Written By Wadah Baru on Rabu, 15 Mac 2017 | 1:30 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan