KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yakin dapat membuat
pembayaran dividen sebanyak RM13 bilion kepada kerajaan bagi tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2017.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Wan
Zulkiflee Wan Ariffin berkata jumlah itu adalah berdasarkan prestasi
kewangan kumpulan berkenaan pada 2016.
“Ia (pembayaran dividen) diputuskan selepas berbincang dengan
kerajaan pada tahun lepas. Malah, kami amat bersyukur di atas sikap para
pemegang saham yang amat memahami.
“Perancangan kami bagi tujuan perbelanjaan modal dan pelaburan juga
tidak pernah diubah atau terjejas akibat keperluan (membayar) dividen
itu,” katanya kepada media selepas mengumumkan keputusan kewangan
kumpulan itu bagi 2016, di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Wan Zulkiflee berkata jumlah dividen itu juga
berbeza setiap tahun kerana berdasarkan keadaan ekonomi semasa, harga
minyak serta pelan perniagaan kumpulan itu untuk masa akan datang.
“Saya tidak pasti bagaimanakah keadaan ekonomi, misalnya bagi tempoh 3
hingga 5 tahun akan datang. Namun apabila tiba masanya, kami akan
memberi penjelasan kepada pemegang saham mengenai program, unjuran,
harga minyak dan kedudukan tunai pada masa itu,” katanya.
Bagi tahun kewangan 2016, syarikat minyak nasional itu membayar dividen sebanyak RM16 bilion kepada kerajaan.
Petronas yakin bayar dividen RM13 bilion kepada kerajaan
Written By Wadah Baru on Selasa, 14 Mac 2017 | 10:10 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan