Seorang penganalisis politik mendakwa Pas seperti hilang arah apabila
 ceramahnya semakin hilang tarikan sebaliknya sarat dengan cercaan.
Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff berkata pendekatan politik Pas kini 
berbeza dengan gerak kerja Umno, Amanah dan Bersatu yang lebih lembut, 
memujuk, kemas dan kerap.
Justeru katanya Pas perlu mengubah pendekatan politiknya jika mahu 
terus memerintah Kelantan kerana sikap pengundi Kelantan tidak statik.
Menurutnya rakyat Kelantan akan menukar kerajaan apabila kerajaan 
sedia ada tidak lagi dapat menunjukkan imej perpaduan yang baik.
"Perhatikan keinginan anak muda dan perantau di luar Kelantan yang 
akan balik mengundi nanti. Mereka antara penentu besar kerajaan yang 
akan memerintah selepas PRU14 nanti.
"Jika Pas tidak berubah dan masih dengan sikap politiknya sekarang, 
PRU14 nanti akan menyaksikan perubahan kerajaan di Kelantan," katanya di
 Facebook hari ini.
Menurut pensyarah kanan sains politik di Universiti Kebangsaan 
Malaysia (UKM) itu, pada tahun 1978, rakyat Kelantan menolak kerajaan 
Pas apabila Pas berkonflik dan Berjasa ditubuhkan.
Pada tahun 1990, rakyat Kelantan menolak kerajaan Umno apabila parti itu berkonflik dan Semangat 46 ditubuhkan.
"Senario tersebut berulang lagi sekarang. Parti Pas yang memerintah 
Kelantan berkonflik berat sehuingga tertubuhnya Amanah," katanya.
Beliau turut melontarkan soalan sama ada Umno-BN atau Pakatan Harapan dan Amanah yang akan menggantikan Pas di Kelantan.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.



0 ulasan:
Catat Ulasan