Home » » Najib Lebih Jaga Kedudukannya Dari Umno.

Najib Lebih Jaga Kedudukannya Dari Umno.

Written By Wadah Baru on Isnin, 13 Mac 2017 | 8:00 PG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Umno Kelantan tentu sedikit kecewa apabila Najib Razak membayangkan Umno akan bekerjasama dengan Pas dalam Piraum akan datang. Bagi mereka yang ingin menjadi wakil rakyat dan merasakan kali inilah peluang terbaik ekoran perpecahan Pas, tentu sekali tidak setuju dengan langkah Najib itu. Demikian juga mereka yang mengimpikan untuk menjadi MB. Jadi putus naksu (nafsu) tetiba.

Strategi diambil Najib itu bertentangan dengan naluri Umno Kelantan. Apa menjadi masalah mereka akan kekok untuk berhadapan dengan ahli bawahan yang kesekian lama menanti untuk membedal Pas dalam pilihan raya akan datang. Dalam konvensyen baru2 ini seluruh ahli Umno melaung yang pilihan raya kali ini mereka akan menang.

Tetapi apa boleh buat Najib tampaknya lebih mementingkan kedudukkannya sebagai PM yang kini tercabar. Dalam keadaan terdesak bimbang kehilangan kuasa Najib akan berbuat apa sahaja termasuk berkompromi dengan Pas sehingga menggadai maruahnya. Najib rela membiarkan Pas perintah Kelantan asalkan dia kekal di kerusi PM.

Dalam aljibra siasah Najib dia kira Pas boleh membantunya. Undi Melayu yang bersama Pas akan tuurut menyelamatkannya. Najib tersilap dalam hal ini dia mungkin terdodoi dengan syiar kononnya Pas masih kuat seperti dahulu sedangkan kedudukan parti agama itu kini meniru dan melembut macam ekor tikus munduk terkena air.

Langkah Najib berkorban untuk menyerahkan Kelantan kepada Pas (menang belum tahu lagi), ia boleh menyebabkan segala mimpi yang dianyam oleh Umno Kelantan selama ini terkubur begitu sahaja.

Orang Umno kena faham priority yang diambil Najib beliau lebih menjaga kepentingannya daripada kepentingan orang lain dan Umno sendiri yang maruahnya jatuh dengan cadangan Najib itu sebab ia akan dilihat Umno surender kepada Pas. Trims.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger