Home » , » Mahathir ramal BN akan jatuh dalam p'raya akan datang

Mahathir ramal BN akan jatuh dalam p'raya akan datang

Written By Wadah Baru on Rabu, 12 April 2017 | 11:41 PG

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramal pemerintahan lebih 60 tahun barisan Nasional (BN) akan berakhir selepas pilihan raya umum akan datang.

“Sentimen akar umbi yang kuat menunjukkan kami akan menerima sokongan majoriti rakyat,” katanya seperti dipetik Bloomberg dalam wawacara di Putaraja semalam.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya pada tahun ini, walaupun mandat BN hanya berakhir Mei tahun depan.

“Hari ini, anda bercakap dengan semua orang pun, sesiapa pun, tidak seorang pun ada kata-kata baik mengenai kerajaan, terutama Najib,” katanya.

Mahathir turut mengakui BN mungkin lebih kuat susulan kegagalan Pakatan Harapan untuk meyakinkan Pas menyertai gabungan pembangkang itu.

Menurutnya, sesiapa yang bertanding di luar gabungan itu dianggap “penyokong Najib, penyokong BN”.

“Kerana kesannya ialah undi kepada gabungan (pembangkang) akan berkurang, memecahkan undi pembangkang, yang sudah tentu membantu kemenangan Najib,” katanya.

Mahathir bagaimanapun berkata pembangkang belum bersetuju mengenai calon perdana menteri, kerana menganggap isu itu “tidak relevan selagi kamu menang”.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger