Home » , » Dr Samsuri ganti Mustafa sebagai pengarah pilihan raya Pas yang baru

Dr Samsuri ganti Mustafa sebagai pengarah pilihan raya Pas yang baru

Written By Wadah Baru on Sabtu, 6 Mei 2017 | 2:56 PTG

Pas hari ini melantik Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai ketua pengarah pilihan raya yang baru bagi menggantikan Datuk Mustafa Ali manakala Sallehen Muhyi mengambilalih pesuruhjaya Pas Selangor dari Datuk Iskandar Samad.
Setiausaha agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan dalam sidang medianya hari ini berkata, keputusan penukaran jawatan itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja Pas pusat hari ini.
Senarai pesuruhjaya Pas negeri-negeri yang baru.Senarai pesuruhjaya Pas negeri-negeri yang baru.Dalam kabinet baru itu, Razman Zakaria dilantik sebagai bendahari Pas yang baru selain kekal sebagai pesuruhjaya Pas Perak. Nasrudin Hassan, ahli parlimen Temerloh kekal sebagai ketua penerangan.
"Jawatan naib presiden lebih tinggi dari pesuruhjaya, jadi Sallehen boleh memberikan tumpuan jaga Pas di Selangor sebab dia juga bukan exco," kata Takiyudin ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan media.
Terengganu pula mendapat pesuruhjaya baru apabila ketua ulama negeri, Datuk Hussein Awang dipilih menggantikan Satiful Bahri Mamat.
Selain tidak terpilih sebagai pengarah pilihan raya, Mustafa juga hilang terus dari barisan kabinet Pas kali ini.
Dalam pengumuman hari ini, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Khairul Fahmi Mat Som dilantik sebagai penolong setiausaha agung.
Tujuh dilantik sebagai AJK tambahan iaitu Sanusi Md Nor, Satiful Bahri Mamat, Mohammad Husein, Dr Mohd Khalid Kassim, Zainal Abidin Kidam, Datuk Dr Abdul Hakeem Johari dan Wan Rohimi Wan Daud.
PERINGATAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger