Pendekatan politik matang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Umno
mengundang reaksi tidak puashati dikalangan ahli Pas yang akan bertindak
keluar parti.
Sudah tersebar sekeping foto menunjukkan sebuah batu tanda Pas
berlambangkan logo parti sudah ditukar kepada logo Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu).
Kejadian itu berlaku di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir di bawah Parlimen Pasir Mas Kelantan.
Foto yang menjadi viral itu disahkan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Kamaruddin Md Nor kepada Malaysia Dateline.
" Ya foto itu di Dun Pengkalan Pasir. Protes ahli-ahli Pas terhadap pendekatan 'politik matang.
"Yang menariknya ialah mereka pilih PPBM tidak Amanah," ujarnya melalui whatapps.
Kamaruddin yang juga Pengerusi Bersatu Negeri Kelantan juga tidak
menafikan akan ada lagi protes di kalangan ahli Pas di negeri itu
terhadap tindakan Presiden Pas berbaik-baik dengan Umno yang dahulu
pernah menjadi musuh ketat parti itu, katanya lagi," ura-ura itu ada
kedengaran," ujarnya yang mengatakan kejadian menukar logo batu tanda
itu berlaku minggu lalu dan dilakukan bekas ahli Pas.
Pada
4 Mei lalu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir dalam
program tukun tiruan di perairan laut Pulau Kapas, Marang bersama
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek.
Abdul Hadi dalam kenyataannya dipetik berkata Kerjasama hari ini (Pas
dan Umno) adalah politik matang, politik yang tidak berkelahi, politik
kepentingan bersama.
Politik boleh berbeza pendapat tapi untuk apa
sahaja isu kepentingan rakyat.
Manakala Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa pula dipetik
berkata,kemunculan Abdul Hadi dalam majlis menandatangani memorandum
persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas itu dilihat
sebagai pendekatan untuk menguji persepsi politik pengundi Melayu.
Ini kerana semua adalah percubaan untuk mukadimah hubungan politik
antara Pas dan Umno.
Mereka mahu melihat minda siasah orang Melayu sama
ada kerjasama itu diterima atau tidak.
Pada asasnya, kerjasama politik atas apa nama sekalipun sama ada atas
nama Melayu, Islam dan demi kepentingan negara itu tidak menjadi satu
kesalahan.
Namun ujar Husam, kerjasama politik itu tidak lebih hanya menambahkan
kerosakan sedia ada akibat kepimpinan negara pada masa ini yang korup
sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam, kenegaraan dan demokrasi.
'Politik matang' Abdul Hadi ahli Pas Kelantan protes akan keluar parti
Written By Wadah Baru on Ahad, 7 Mei 2017 | 2:58 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan