Home » , » PRU14 paling kotor, kata Nurul Izzah

PRU14 paling kotor, kata Nurul Izzah

Written By Wadah Baru on Selasa, 9 Mei 2017 | 3:12 PTG

PKR mendakwa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menjadi pilihan raya paling kotor disebabkan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan bantahan siasatan awam melibatkan daftar pemilih.

Naib presidennya Nurul Izzah Anwar berkata, pengundi yang melalui proses bantahan itu terpaksa menunggu sehingga enam bulan sebelum namanya dimasukkan dalam daftar pemilih.

“Dan tidak ada jaminan sekiranya dia (pengundi) tidak hadir semasa namanya dibantah.

“Pada saya, apa yang amat saya bimbangkan PRU14 ini akan jadi pilihan raya paling kotor dan paling manipulasi dalam sejarah Malaysia.

“Saya harap pimpinan (SPR) harus faham isunya bukan mahu memperbaiki birokrasi, tetapi anda menafikan hak pengundi untuk memilih dan anda membuat ianya juga sukar kepada kami,” katanya pada sidang media di SPR Selangor hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Pemuda Pakatan Harapan Selangor menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Pengarah SPR Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri kerana tidak mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RPDT) suku tahun kepada parti politik bertanding.

Memorandum bantahan itu diterima Timbalan Pengarah SPR Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger