Yang paling banyak dikongsi adalah tulisan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang meminta semua penyokong Pas agar memenuhkan dinding facebook masing-masing dengan 'Jahanam PAN'.
Razman juga bergambar khas dengan Ketua Ulamak Pas Kedah, Mohd Rejab Md Akhir yang membacakan ikrar dengan diakhiri laungan 'Jahanam PAN' itu.

"Doa ulamak memang makbul," adalah komen paling popular di facebook kerana ia dianggap paling tepat dengan apa yang berlaku.
Sikap Pas yang suka menamakan Parti Amanah Negara sebagai PAN dan bukannya Amanah, akronim rasmi parti itu yang diterima pakai Pendaftar Pertubuhan (RoS) dianggap netizen sebagai 'memakan diri'.
Ini kerana, dalam bahasa Inggeris Pas dirujuk sebagai 'Pan-Malaysian Islamic Party".
Ribut melanda tapak berlangsungnya muktamar Pas di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dan merosakkan khemah utama 'half moon' yang dipasang panitia muktamar.
Sejumlah 19 pengunjung cedera dalam kejadian ribut lewat petang Jumaat, 28 April lepas.
Sehari sebelum itu, ketika perasmian muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat, Ketua Ulamak Pas Kedah, Mohd Rejab Md Akhir menambahkan perkataan 'Jahanam PAN' di akhir ikrar yang dibacakannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan