Home » , » Ribut lompat parti tidak jejas Bangunan SUK Selangor

Ribut lompat parti tidak jejas Bangunan SUK Selangor

Written By Wadah Baru on Jumaat, 5 Mei 2017 | 2:49 PTG

Bangunan SUK Selangor tetap sibuk dengan urusan pentadbiran negeri walaupun ribut lompat parti membabitkan beberapa ahli dewan undangan negeri daripada PKR dan Pas tular di media sosial.
Malah beberapa Adun yang didakwa terlibat menafikan penyebaran khabar angin itu dan menyatakan kesetiaan terhadap parti masing-masing.
Malah menteri besar dan tiga anggota Exco dari PKR dan Pas kini berada di Timur Tengah bagi menemui pelajar dan menyampaikan bantuan kerajaan negeri.
Beberapa hari lalu tular di media sosial kononnya enam Adun dari blok Pakatan Harapan dan Bebas telah ke istana bagi mendapat mandat membentuk kerajaan baru di negeri itu.
Ini ekoran keputusan Muktamar Pas memutuskan hubungan dengan PKR.
Mereka yang didakwa terlibat ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Loh Chee Heng (Bebas) dan empat Adun PKR iaitu Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Dr Idris Ahmad (Ijok) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).
Namun Dr Idris Ahmad dalam pesanan Twitter menafikan dakwaan itu, begitu juga Rodziah Ismail.
Dr Daroyah pula mengikuti rombongan kerajaan negeri ke Timur Tengah yang dijadual kembali ke tanah air hari ini.
Pesanan Twitter Dr Idris AhmadPesanan Twitter Dr Idris AhmadDr Idris dalam pesanan Twitternya semalam kesal kerana difitnah dengan penyebaran berita palsu itu.
"Salam. Saya masa ini berada di Hospital Pantai Bangsar Kuala Lumpur sedang mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Sila panggil (telefon) klinik saya sekarang untuk pastikan. Sila jangan fitnah saya. Saya masih bermaruah bukan macam separuh pemimpin-pemimpin yang ada," tegas beliau.
Rodziah turut menafikan berita yang tersebar dan bertegas masih bersama PKR dan Pakatan Harapan.
"Ada yang sebarkan fitnah kata saya di antara empat Adun yang akan joint Pas dan Umno!! Salah oranglah. Saya tetap kekal dengan PKR-PH," tegasnya menerusi pesanan Twitter.
Dalam perkembangan berkaitan, Adun Selat Klang Dr Halimah Ali menafikan desas-desus lima Adun Pas akan menyertai Amanah.
Rodziah menerusi Twitter menafikan beliau melompat parti.Rodziah menerusi Twitter menafikan beliau melompat parti.Dr Halimah yang menang dalam pemilihan AJK Pas Pusat baru-baru ini menularkan poster beliau dan Adun Meru Dr Abdul Rani Osman yang kononnya akan menyertai Amanah dengan perkataan 'palsu'.
Selain Dr Halimah dan Dr Abdul Rani, tiga lagi Adun Pas yang didakwa akan melompat parti ialah Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Hasbullah Mohd Ridhwan (Gombak Setia) dan Iskandar Samad (Cempaka).
PERINGATAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger