Oleh YB Aminuddin Harun
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak
mengenai penafian Umno BN mengamalkan politik menakutkan rakyat
sepetimana yang diucapkan pada 29 Julai lalu di Persidangan Umno
Bahagian Parit jelas menunjukkan bahawa Presiden Umno ini melakukan
pembohongan secara terang-terangan.
Realitinya, Umno BN sejak
merdeka lagi telahpun mengamalkan politik menakut-nakutkankan rakyat
melalui propaganda media yang berat sebelah dan memfitnah pembangkang.
Umno begitu sinonim dengan memomokkan orang Melayu supaya berasa fobia
dan takut kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan kehilangan kuasa
Melayu dan Bumiputera.
Hakikatnya, Umno BN hari ini begitu
menyusahkan bukan sahaja Melayu, bahkan sebahagian besar 32 juta rakyat
Malaysia. Disamping pengenalan pelbagai cukai yang membebankan kehidupan
seharian rakyat, Umno BN kini terpalit dengan pelbagai skandal .
Isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), tatakelola teruk FELDA,
kerugian saham Tabung Haji dan KWSP, skandal pembelian hartanah MARA dan
bumiputera Johor, serta penyalahgunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi
Islam Malaysia (YaPeIM). Kesemua ini adalah bukti jelas menunjukkan
Umno BN sendiri yang memberi masalah kepada institusi-institusi negara,
bukannya DAP dan komponen parti pembangkang yang lain.
Amalan
‘baling batu sembunyi tangan’ telah sinonim dengan kamus kehidupan Umno
BN. Media-media utama telah menjadi senjata propoganda untuk menakutkan
rakyat.
Begitu takutnya Najib Razak akan berlakunya pertukaran
pentadbiran kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, sedangkan
Perlembagaan Persekutuan membenarkanya atas prinsip Demokrasi Raja
Berpelembagaan. Adakah Najib mahu menafikan hak yang telah termaktub di
dalam perlembagaan?
Untuk membuktikan bahawa Umno BN tidak
bermain ‘politics of fear’, kerajaan sepatutnya mengimplimentasi amalan
media bebas dan adil. Rata-rata media utama yang wujud pada hari ini
adalah dimiliki oleh golongan korporat pro-Umno BN. Media utama telah
menjadi saluran ‘propaganda menakutkan rakyat’ terutama kepada penduduk
luar bandar yang tidak dapat mengakses media alternatif.
Izinkan Pakatan Harapan
dan juga media-media alternatif yang lain untuk menjadi sebahagian
media utama negara. Wujudkan platform media yang baharu agar rakyat
mampu menilai hujah ahli politik mengenai keadaan semasa negara,
terutama mengenai ekonomi dan polisi.
Sudah tiba masanya
Malaysia menuju ke arah politik yang membijakkan rakyat, bukannya
bermain tohmahan negatif semata-mata untuk menakutkan rakyat untuk
melaksanakan perubahan yang lebih baik.
Persoalannya, beranikah
Umno BN untuk menerima pakai konsep media bebas dan meninggalkan amalan
politik yang selama ini menakutkan dan memperbodohkan rakyat?
Umno BN hanyalah parti bacul yang sentiasa mahu menjadi jaguh kampung,
sedangkan percakapan mereka hanyalah ‘indah khabar dari rupa’. Mahu
tidak mahu, rakyat wajib tumbangkan Umno BN daripada terus membawa bala
kepada negara pada PRU yang akan datang.
YB Aminuddin Harun
ADUN Sikamat
Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan
Parti KEADILAN Rakyat
Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara
Menakutkan Rakyat Adalah Amalan Umno Bn Yang Penakut
Written By Wadah Baru on Rabu, 2 Ogos 2017 | 4:01 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan