Home » , » Masa terbuang begitu sahaja..

Masa terbuang begitu sahaja..

Written By Wadah Baru on Isnin, 3 Ogos 2015 | 11:04 PG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kita berharap Malaysia akan menjadi negara maju menjelang 2020, itulah ladasan yang dipacak oleh bekas PM Dr Mahathir Mohamad. Saya khuatir gagasan itu untuk menjadi realiti.

Hari ini kita banyak bercakap soal-soal dalam kain sendiri daripada bercakap di luar jendela negara dan melihat kemajuan dunia lain sebagai aspirasi. Kita bergasak sesama sendiri sehinggakan terlupa perkara asas untuk kepentingan negara dan membangun bangsa.

Parti-parti politik yang merupakan mekanisme (organ) membentuk kerajaan, lebih banyak berbicara soal remeh temeh dan menguruskan perbalahan sesama sendiri. Pas cara Pas, Umno dengan cara Umno. BN dengan cara BN Pakatan Rakyat dengan cara Pakatan Rakyat.

Kerana menangani soal-soal dalam kain yang semua kita sedia maklum besar kecil, leper dan lebar menyebabkan masa terbuang begitu sahaja.

 Kita kehilangan tenaga dan membazir waktu yang banyak. Apa yang kita lakukan ada menceduk angin dengan bekas berlubang.

Kegagalan kita mencapai negara maju dan menambah nilai ketamadunan kita yang sememang tempang adalah disebabkan kebodohan diri kita sendiri yang suka berbuat sesuatu yang sia-sia. Wassalam Mso.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger