Home » , » Abaikan saja GHB, bukan ancaman ..

Abaikan saja GHB, bukan ancaman ..

Written By Wadah Baru on Ahad, 2 Ogos 2015 | 4:35 PTG

Oleh Hasbie Muda


1. Gerakan Harapan Baru (GHB) digerakkan oleh bekas pimpinan PAS yang tewas. Bukan kalah sikit-sikit tapi 20 peratus undi saja yang memihak.

2. Lebih teruk, GHB akan ambil alih pula parti picisan iaitu KITA. KITA adalah penjenamaah semula kepada AKIM, juga serpihan PAS yang lahir hasil tidak puas hati terhadap pimpinan PAS. KITA juga gagal walaupun Zaid Ibrahim adalah tokoh yang popular dan berduit.

3. Sejarah parti-parti serpihan yang wujud sebelum ini juga hampir semuanya berakhir dengan kegagalan.

4. Parti baru tajaan GHB nanti juga belum ada premis. Aset parti pun tak ada. Keahlian pula entah siapa yang akan sertai. Nak bertanding dalam pilihan raya pun, entah kerusi mana yang boleh dapat semula deposit. Nampak pada gaya, memang tak ke mana pun GHB dan parti baru ini.

5. Jadi, pimpinan dan ahli PAS tak perlulah bimbang sangat. Nampak setiap hari komen tentang GHB sampai lupa skandal 1MDB depan mata.

6. Abaikan saja GHB. Senyum sokmo.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger