Home » , » Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Written By Wadah Baru on Ahad, 2 Ogos 2015 | 4:32 PTG

Oleh Lim Hong Siang

Semalam saya sempat bersembang dengan seorang ahli PAS di Melaka, yang telah meletakkan semua jawatan partinya dan menyertai Gerakan Harapan Baru.

Lama dalam parti? Tanya saya. Saya masuk PAS umur 14 tahun, tahun ini umur saya 50 tahun, 36 tahun dah, katanya. Saya memandang beliau, berat? Beliau mengangguk. Jelas, satu keputusan yang agak sukar untuk dirinya.

Beliau masih ingat, nama saya "Siang" - nama kolum Siang Malam dalam Harakah seketika dahulu. Saya pun dah berhenti dah, kata saya.

 Sebagai tanda solidariti apabila Ketua Pengarangnya, Ahmad Lutfi digugurkan dari jawatan itu, dan dipindahkan ke jawatan lain. Dah lama dah mereka nak singkirkan dia, katanya, bukan saya.

Kemudian beliau menyebut antara cabaran yang dihadapi Gerakan Harapan Baru. Samada Kit Siang mahupun DAP, kini diserang sebagai chauvinis, dan mereka sedang cuba memberi penjelasan yang sebaik-baiknya untuk menyanggah persepsi itu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya masyarakat majmuk ini mempunyai pandangan yang agak berbeza dalam sesetengah isu, lantaran dasar pecah perintah untuk sekian lama.

Untuk berdepan dengan regim yang sebegitu kuat, kita perlu berkawan, bukan bermusuh. Mana-mana hubungan kerjasama ada baik dan lemahnya.

Sementara kita menikmati kelebihan yang dibawa rakan kita, kita juga perlu menanggung beban ataupun kelemahannya.

Manusia tidak sempurna. Hanya apabila kita nampak dan menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka dari setiap pelusuk, yang kadang-kala kita pun terlepas pandang, barulah kita mampu bergerak dalam satu pasukan yang lebih mantap untuk menjuruskan perubahan dalam negara kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger