Home » » Warkah Simpati Buat Si Sanusi

Warkah Simpati Buat Si Sanusi

Written By Wadah Baru on Ahad, 2 Ogos 2015 | 4:13 PTG

Oleh Ridzwan Abu Bakar 

1. Sanusi yang dimaksud dan dirujuk dalam warkah ini adalah Muhammad Sanusi Mohd Nor, AJK Pas Pusat dan mereka yang bersikap seperti beliau dalam menanggapi apa apa pandangan atau teguran yang dihadapkan kepada mereka atau yang bersangkutan dengan mereka.

2. Sanusi, sudah acap kali - kalaupun tidak menjadi sikap dan sifatnya - apabila berdepan dengan teguran atau komen terhadap isu yang beliau berkepentingan bahkan ummah juga berkepentingan akan menyambut segala teguran dan kritikan itu dengan nada yang sinis seperti 'dia sapa' 'hang mengaji mana' 'berapa hari baru dok dalam Pas' dan sebagainya, bahkan kadang kadang tindakan 'yang berlebihan' dan tak gamak untuk dijangka oleh para aktivis Islam pernah dilakukan oleh Sanusi sebagai jawapan terhadap teguran dan kritikan. 

3. Warkah ini ingin mengingatkan kepada Sanusi dan mereka yang sewaktu dengannya untuk merenungi athar :

تفقهوا قبل أن تسودوا
"Dalamilah (kefaqihan) sebelum (menerima lantikan sebagai) pemimpin".

4. Dalam banyak banyak akhlak baginda, adalah akhlak ketika mana mendengar dan meneliti fakta, 'tajuk dan pokok perbincangan' menjadi modal utama dalam perbincangan Nabawi, baginda tidak sesekali menyerang orang yang menyoal (bahkan ada yang mempersoalkan) tindakan baginda, bahkan baginda memberi pandangan balas dan menjelaskan rasional atas 'tindakan' yang diambil dan diputuskan oleh baginda.

5. Sebaliknya, Sanusi - selaku pimpinan Gerakan Islam - tidak mengambil qudwah baginda, bahkan membalas balik teguran dan kritikan itu dengan nada perlekeh atau dengan g menyerang peribadi orang yang menegur - sekalipun teguran diselitkan bersama dengan nas dan dalil -.

6. Warkah ini dizahirkan untuk melahirkan simpati kepada Sanusi dan yang sewaktunya yang dibebankan dengan amanah kepimpinan dalam keadaan beliau - seakan belum bersedia untuk tugas kepimpinan yang berat ini -, dan juga warkah ini dizahirkan sebagai lambang simpati kepada jamaah ini yang 'terpaksa' menerima Sanusi sebagai salah seorang pemimpinya.

Semoga tiada niat yang tersembunyi dari zahirnya warkah ini, dan semoga kita bersama dapat terus Istiqamah belayar dalam samudera perjuangan dengan menjadikan bapa pejuang, baginda ar Rasul sebagai qudwah dalam hidup kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger