Oleh Atikah Mohd Hatta
Sudah lebih 30 tahun mak dan ayah membina sebuah baitul muslim
dengan baik. We grow together as a strong family unit, and until now we
are still strong.
2015 has been a hard year for us, especially to
Ayah. But never once, Mak who has been the strongest supporter of Ayah
ever doubt of his fights. Dengan kasih sayang dan doa, Mak dan Ayah
tidak pernah goyah. Apabila Mak diuji dengan penyakit, Ayah lah yang
menjadi peneman setia di hospital, walaupun ketika itu disibukkan dengan
pilihanraya dan sebagainya. I never imagine anyone else could do the
same as they done it for each other.
Jadi apa yang berlaku akhir2
ini, bukan sahaja mengganggu hal peribadi mak dan ayah, tetapi dalam
diam, emosi anak-anak. Namun Alhamdulillah, kami 7 beradik, 4 menantu
memilih untuk terus memberi sokongan moral dan kasih sayang yang terbaik
untuk Mak dan Ayah.
Maka saya memohon, pihak yang langsung tiada
kaitan dengan kehidupan keluarga kami agar menghentikan sebarang
spekulasi dan tohmahan dengan SERTA MERTA. Berhenti mengganggu dengan
kenyataan-kenyataan yang negatif khususnya untuk menimbulkan spekulasi
dan pandangan buruk kepada keluarga kami terhadap isu ini.
Hentikan sebarang kenyataan kerana keputusan bukan terletak kepada anda.
Hentikan dari menjadi pemutus kata dan pengatur hidup kami. Jangan ada
lagi kenyataan terutama media massa yang memburukkan keadaan dan
persepsi masyarakat. Berlaku adil lah kepada kami.
Islam pastinya
memiliki jalan keluar yang terbaik berkenaan isu ini, pasti ada selain
jalan yang dibenci Allah, sebaliknya bukannya bersungguh-sungguh mahukan
jalan yang Allah benci tanpa mengkaji sebarang jalan penyelesaian
terbaik. Bukankah sunnahnya mencari yang mendamaikan dan manfaat lebih
baik?
Saya percaya ada jalan yang terbaik, kami menanti jalan
penyelesaian berkenaan teknikaliti tentang perkara ini. Oleh itu, orang
luar dan media,hentikan menspekulasikan perkara ini demi kepentingan
anda. Pergilah mencari amal yang lebih memberi manfaat kepada akhirat
anda. Biar yang berkait sahaja menyelesaikannya,jangan menjadi ahli
hukum dunia sewenang-wenangnya, kerana itu bukan tugas kalian.
Mohon hentikan, usah diganggu lagi isu ini, fokus kepada isu negara dan
rakyat yang lebih besar. Saya yakin juga fokus ayah saya dalam
perjuangannya untuk rakyat tidak pernah beralih.
Hentikan,
sebaliknya doakan yang baik2 sahaja. Itulah tugas seorang saudara muslim
kepada muslimnya yang sepatutnya, bukan bersungguh-sungguh mengharapkan
kehancuran. Periksalah iman kalian jika ada terdetik mengharapkan
keluarga kami musnah.
Terima kasih kepada sahabat2 perjuangan
keluarga kami, ahli keluarga yang tidak putus mendoakan demi kebaikan
dan sokongan yang padu. Ini ujian kita semua, insyaAllah hanya kepadaNya
kita memohon bantuan dan hidayah... itulah pesan Mak.
As for my
family, keep our head high and stay calm. Kita tetap utuh dibawah
lindungan-Nya. Semoga kita semua dapat berkumpul di dalam syurgaNya. Fi
amanillah!
Selamat menghabiskan Al-Kahfi hari ni.
Jumuah Mubarakah!
Jumaat, 4 Sept 2015
Johor Bahru, Johor.
Atikah Mohd Hatta
Luahan Rasa Anak Yb Dr Hatta : The Incredible Family
Written By Wadah Baru on Sabtu, 5 September 2015 | 9:11 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan