Oleh ARIF ATAN
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad menyifatkan Pas
bersikap seperti Umno yang berbangga dengan jumlah kerusi dimenangi pada
Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Menurutnya, Pas menganggap mendapat sokongan rakyat teramai padahal
prestasi parti berkenaan pada 2013 dibantu pimpinan lama Pas yang pada
masa ini bersama AMANAH.
"Sedikit sebanyak 'penyakit' yang dihinggapi Umno-BN telah
menjangkiti Pas. Mungkin ini disebabkan mereka kerap bertemu dan
kadang-kadang berkongsi bantal yang sama.
"Bukankah Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Mujahid Yusof Rawa, Datuk
Husam Musa dan lain-lain telah turun berkempen di seluruh negara untuk
calon-calon Pas?
"Bukankah Dr Hatta pengarah pilihan raya Pas pada ketika itu?"
soalnya yang menyifatkan Pas sepertimana Umno-BN lupa peranan pimpinan
lama dalam memenangkan calon-calon parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi
Awang itu.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu turut mengingatkan Najib
Razak tidak harus berbangga dengan 88 kerusi Parlimen yang telah
dimenangi Umno-BN.
Tanpa sumbangan 'pesara politik' yang dicemuh Presiden Umno itu, jelasnya, pencapaian Umno-BN jauh lebih buruk.
"Sebahagian darinya, kalau tidak kesemuanya, dimenangi dengan bantuan
'pesara politik' seperti mana digelarnya, yang sekarang ini bersama PH
(Pakatan Harapan).
"Tanpa mereka (Tun Mahathir, Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri
Mahyuddin) sudah pasti prestasi Umno-BN akan semakin terjejas," tegasnya
dipetik dari akhbar keluaran terbaharu AMANAH Edisi 61, 30 Julai - 5
Ogos.
Beliau berpendapat Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz telah
berperanan membantu Umno-BN untuk merampas kembali Kedah daripada
Pakatan Rakyat pada 2013.
"Atau Najib menganggap Kedah dirampas kembali semata-mata atas
kekuatan dirinya sendiri tanpa bantuan Tun Mahathir dan Datuk Seri
Mukhriz?
"Dan tidakkah begitu juga di Johor? Tidakkah Tan Sri Mahyuddin
berperanan membantu Umno-BN supaya terus berkuasa di negeri Johor?"
soalnya.
Paling kurang 80 kerusi
Mengulas lanjut, Khalid berkata, keadaan DAP sebagai parti yang
mempunyai kerusi terbanyak tidak semestinya kekal jika Pakatan Harapan
mampu membentuk kerajaan di Putrajaya selepas PRU-14 dengan paling
kurang memperoleh 112 kerusi Parlimen.
"Sekiranya DAP kekal dengan 38 kerusi atau bertambah menjadi 42
kerusi sekalipun, jumlah kerusi AMANAH, Keadilan dan PPBM mesti melebihi
80 kerusi.
"Ini bermakna kerusi yang dimenangi tiga parti ini mesti bertambah
dari 37 yang ada sekarang ke paling kurang 80 kerusi. Dan ini bukan
sesuatu yang mustahil memandangkan sokongan terhadap tiga parti ini
sedang bertambah hari demi hari," ujarnya lagi.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan