Dakwaan oleh ketua Pemuda PAS Pulau Pinang
yang PAS akan menang besar di Pulau Pinang kerana isu banjir di negeri
itu adalah andaian yang tidak logik dan bersifat kegilaan.
Jika kita melihat daripada logik Afnan Hamimi, adakah ini bermakna dengan banjir teruk tahunan di Kelantan, PAS akan kalah teruk di Kelantan?
Harus diingati bencana yang menimpa Kelantan adalah kerana isu pembalakan haram yang tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri.
Umum diketahui bahawa banjir kilat yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini adalah disebabkan oleh taufan Doksuri yang menyebabkan berlaku taburan hujan luar biasa. Taufan ini turut melanda negara Vietnam. PAS harus dapat maklumat sahih dulu sebelum memberikan komen kurang cerdik.
Adalah tidak matang bagi sebuah parti politik yang menggunakan logik bencana alam sebagai kayu pengukur sokongan politik.
Sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Pemuda PAS Pulau Pinang sepatutnya menggunakan akal dan fakta untuk menyampaikan maklumat kepada umum dan bukan fitnah atau komen kurang cerdik. Tengok rumah sendiri dulu sebelum bercakap pasal rumah orang lain.
* Muhammad Shakir Ameer Mohideen adalah setiausaha eksekutif Pemuda Sosialis DAP

0 ulasan:
Catat Ulasan