Home » » Perjuangan PAS bukan rebut kuasa, kenyataan paling pelik Hadi – Mat Sabu

Perjuangan PAS bukan rebut kuasa, kenyataan paling pelik Hadi – Mat Sabu

Written By Wadah Baru on Rabu, 2 Mac 2016 | 10:16 PG

KUALA LUMPUR: AMANAH menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang
pemimpin politik yang pelik.

Persidennya, Mohamad Sabu berkata demikian susulan kenyataan Abdul Hadi bahawa PAS tidak kemaruk kuasa perintah negara.

“Parti AMANAH bersama dengan rakan rakan dalam Pakatan Harapan akan bertanding dan ambil alih pentadbiran Malaysia.

“Sebab presiden parti lama saya (PAS) berkata tidak bertujuan untuk berebut kuasa. Kami (AMANAH) nak rebut kuasa.“Tak guna kita buat makan malam, kita buat kutipan derma, bertanding pilihanraya tapi tak mahu kuasa. Ini ucapan yg paling pelik dalam dunia sebagai ahli politik,” katanya semasa ucapan majlis makan malam muhibah anjuran AMANAH Wilayah Persekutuan, malam tadi.

Sebelum ini Abdul Hadi Awang dikatakan berkata menegakkan syiar dan undang-undang Islam merupakan agenda utama perjuangan partinya, bukan berebut kuasa dan jawatan, lapor Utusan Malaysia.

Malah Hadi dikatakan juga mengakui PAS bersedia menjadi pendokong kuat UMNO sekiranya parti tonggak BN itu mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.

“Kita tolak UMNO dan tolak orang yang menjadi calon UMNO yang nakmelawan dengan kita,” tambah Mat Sabu.

Ketika ditanya pemberita selepas majlis tersebut berhubung apakah hasil perbincangan wakil AMANAH bersama Tun Dr Mahathir Mohamad sebaik sahaja bekas Perdana Menteri itu mengumumkan keluar parti, Mat Sabu berkata beliau akan membuat pengumuman berhubung perkara itu hari ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger