Parti Amanah Negara (AMANAH ) hari ini mengesahkan bahawa ia sedia 
bersama mana-mana 
gerakan yang akan berusaha ke arah menyelamatkan 
Malaysia.
Pendirian parti itu dibuat selepas bekas Perdana Menteri
 Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno sebagai protes terhadap Perdana 
Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Memetik
 Najib yang terpalit dengan skandal, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu pada 
sidang akhbar hari ini berkata keadaan negara hari ini menuntut semua 
rakyat untuk melaksanakan apa yang terdaya untuk mengembalikan "maruah" 
negara.
"AMANAH akan bersama mana-mana gerakan yang menolak rasuah dan salah guna kuasa.
“Kami
 mahu menimbulkankesedaran rakyat dan akan bersama dalam gelombang 
bangkitkan rakyat untuk berlaku penukaran pemerintah melalui demokrasi 
dan suara rakyat," katanya.
Ketika ditanya sama ada AMANAH akan 
bekerjasama dengan Mahathir, Mohamad berkata parti itu bersedia untuk 
bekerjasama dengan mana-mana pihak.
Mohamad juga mengesahkan bahawa Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat majlis presiden minggu depan.
“Saya yakin kita akan bekerjasama atas kepentingan negara dan membuat pendirian bersama pada minggu depan, insyaAllah,” katanya.
'AMANAH sedia bersama semua selamatkan Malaysia'
Written By Wadah Baru on Rabu, 2 Mac 2016 | 10:15 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan