Oleh Nizha Periaswamy
Sudah berapa kali agaknya mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keluar UMNO?
Selepas diumumkan hari ini, Mahathir secara rasmi keluar parti, ya, secara rasminya!
Tetapi tindakan keluar UMNO dan sertai semula bukanlah perkara baru 
bagi Mahathir. Malah, secara rohaninya, Mahathir memang sudah lama bukan
 UMNO.
Daripada mula mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 
anggota kabinet Barisan Nasional yang lain, menentang polisi-polisi 
kerajaan, menentang akta yang diperkenalkan kerajaan, menyerang badan 
berkanun kerajaan hinggalah melawat demonstrasi Bersih 4.0 tahun lalu, 
tidak ketinggalan kesediaanya untuk terus menyertai perhimpunan tertutup
 penentang Najib pada 27 Mac depan, Mahathir sudah lama bukan UMNO.
Situasi politik Mahathir menjadi lebih parah apabila satu-satunya 
‘kuasa’ dalam UMNO beliau, iaitu anaknya, Tan Sri Mukhriz Mahathir pula 
digugurkan (diminta undur) dari jawatan Menteri Besar Kedah dan 
Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah..
Tekanan demi tekanan, selepas semua usahanya untuk menggulingkan Najib gagal, Mahathir secara rasmi ‘keluar’ UMNO hari ini.
Kita bukan tidak tahu betapa dalam dan rumitnya polemik politik 
Mahathir. Pernah keluar parti pada 2008, pada era pemerintahan Tun 
Abdullah Ahmad Badawi kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan 
Abdullah Ahmad Badawi, perjalanan politik Mahathir penuh taktikal.
Dikritik dengan dilabelkan sebagai autokrat semasa zaman 
pemerintahannya, Mahathir yang aktif dalam politik sejak 1945 pernah 
dipecat keahlian pada 26 September 1969 ekoran tindakannya mengedar 
surat umum yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tunku
 Abdul Rahman Putra.
Jadi, ikutkan ini kali ketiga Mahathir keluar UMNO termasuk dipecat 
sekali. Namun, percaturannya kali ini mengambil masa yang agak lama 
kerana dipercayai setiap langkah yang diambil menyerang Najib, asyik 
gagal. Lebih-lebih lagi dalam permainan politik ini, Najib dilihat lebih
 licik daripada Mahathir. Seolah-olah guru tewas kepada anak muridnya.
Kalau dulu, Tun Dr Mahathir mengarang buku “Dilema Melayu” (The Malay
 Dilemma) selepas keluar parti, tetapi kini sebelum beliau keluar parti 
secara sah, beliau sudah mula mengarang di blognya, Chedet.cc.
Jadi, tindakan dan keputusan keluar parti bukanlah sesuatu yang sangat mengejutkan malah sememangnya dijangka.
Pada bulan Oktober 2015 yang lalu, Papa Gomo menerusi blognya 
mendakwa Mahathir akan mengisytiharkan keluar UMNO selepas segala 
usahanya untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 
menemui kegagalan.
“Tun Mahathir akan mengumumkan keluar parti UMNO pada petang ini jam lima petang di kediaman rasmi beliau,” dakwa Papa Gomo.
Bagaimanapun dakwaan itu ditangkis oleh seorang pegawai khas Dr 
Mahathir. Lambat laun, dakwaan Papa Gomo berlaku juga, cuma, lewat empat
 bulan dan dua hari.
Tun, kami sudah tidak teruja dengan berita ini, apa yang kami 
harapkan ialah klimaks yang lebih mengancam dan ada kelainan dalam plot 
keluar parti UMNO kali ini. Biarlah masuk parti pembangkang ke, wujudkan
 parti baharu ke, keluar menetap di luar negara ke,….
Buatlah sesuatu yang lebih lantang, baru ada ummph! Keluar dari UMNO itu taktik lapuklah Tun!
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan