KUALA
 LUMPUR,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang memang tidak diundang ke 
perhimpunan 
tokoh-tokoh politik yang menentang Perdana Menteri Datuk 
Seri Najib Razak, kata penganjur.
“Hadi tidak akan hadir perhimpunan 27 Mac ini? Memanglah tidak, beliau 
memang tidak diundang,” kata Datuk Zaid Ibrahim, penganjur perhimpunan 
tersebut, di Twitter petang ini.
Beliau mengulas keengganan presiden PAS menyertai perhimpunan tersebut ―
 yang dijangka dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri 
Muhyiddin Yassin ― dengan alasan “beliau hanya menolak Umno, bukan orang
 Umno.”
Mantan perdana menteri itu dan bekas timbalan perdana menteri, yang 
digantung jawatannya dalam Umno, dua tokoh utama parti pemerintah yang 
mengecam Najib berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan isu 
derma RM2.6 bilion.
Abdul Hadi dilaporkan tidak berminat menyertai sebarang perhimpunan 
anti-Najib, termasuk anjuran Zaid, yang dipercayai akan disertai ramai 
tokoh pembangkang dan penyokong Mahathir.
“Saya anti-Umno tetapi tidak (anti) orang Umno; orang Umno tidak, orang
 Umno kita (PAS) hendak berbaik,” Sinar Harian memetiknya sebagai 
berkata.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merancang mengadakan perhimpunan bagi mendesak Najib melepaskan jawatannya.
Zaid menjelaskan acara anjurannya bukan bantahan awam seperti 
demonstrasi Bersih 2.0 tetapi ia diadakan secara “tertutup” di kalangan 
1,000 jemputan khas.
Tidak perlu hadir, Hadi memang tidak diundang
Written By Wadah Baru on Isnin, 29 Februari 2016 | 1:44 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan