BEKAS menteri Shafie Apdal hari ini mengingatkan speaker Dewan
Rakyat, Pandikar Amin Mulia mengenai sejarah Perjanjian Malaysia 1963
(MA63) ditandatangani di antara Malaya dan Sabah, Sarawak dan Singapura.
"Terdapat beberapa individu yang mengatakan Sabah adalah setara
dengan mana-mana negeri lain, dakwaan itu adalah bodoh," kata presiden
Warisan itu di Keningau, Sabah, hari ini.
Pandikar mendakwa pada Ahad lepas yang Sabah setara dengan mana-mana
negeri lain di Malaysia, dengan menyebut Bab 2 MA63 yang bekas tanah
jajahan British Borneo Utara (Sabah), Sarawak bersekutu dengan
negeri-negeri Melayu.
"Kami tidak memerlukan persekutuan menghormati MA63. Tetapi kami mahu hak kami dikembalikan dan dihormati.
"Pandikar perlu memahami MA63 ditandatangani di antara wilayah Borneo
dan Semenanjung Malaysia, yang diwakili bekas perdana menteri Abdul
Rahman, bekas ketua menteri Sabah Fuad Stephens, bekas ketua menteri
Sarawak Abang Haji Openg dan Lee Kuan Yew, jadi kami tidak boleh
mengatakan kami sama seperti negeri lain seperti Perlis," katanya.
Shafie juga mempersoalkan serangan Pandikar terhadap Warisan
sedangkan Perdana Menteri Najib Razak sendiri berkata kerajaan
persekutuan memerlukan masa untuk mengembalikan hak istimewa negeri
semasa mesyuarat agung tahunan PBS pada hujung minggu.
"Tapi lihatlah kita hari ini. Walaupun presiden PBS, Joseph Pairin
Kitingan berkata beliau mahukan rakyat Sabah atau Sarawak menjadi
timbalan perdana menteri, perdana menteri tidak memberi sebarang
respons.
"Kenapa kita tidak mempunyai seorang rakyat Sabah menjadi perdana menteri?"
Shafie membentuk Warisan pada awal tahun ini, dan parti itu berjaya
menarik ramai ahli, termasuk mereka yang berasal daripada parti komponen
Barisan Nasional dan pembangkang, PKR dan DAP.
"Kami (Warisan) tidak sombong kerana meminta hak ini. Ada yang
bercakap tentang janji kosong dibuat Warisan, tetapi yang membuat
tuduhan seperti itu, mereka (BN) sendiri tidak memenuhi janji," katanya.
"Lihatlah lebuh raya Pan-Borneo. Berapa kali anda perlu melakukan
perasmian. Empat kali? Dan sehingga hari ini, projek itu belum selesai."
Beliau berkata kerajaan negeri boleh memuji kerajaan pusat kerana
peruntukan besar sebanyak RM16 bilion untuk Lebuhraya Pan Borneo, tetapi
projek itu belum selesai selepas enam tahun.
Shafie berkata, sebaliknya penduduk Kuala Lumpur hanya menunggu tiga
tahun untuk mendapatkan Mass Rapid Transit (MRT) yang bernilai RM27
bilion.
"Terdapat banyak pelanggaran dalam MA63. Kami hanya mahu kerajaan persekutuan mengembalikan dan menghormati hak kami."
Pandikar bodoh, tak faham Perjanjian Malaysia 1963
Written By Wadah Baru on Isnin, 20 November 2017 | 3:26 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan