Home » , » Syabas Tian Chua, kata Mat Sabu

Syabas Tian Chua, kata Mat Sabu

Written By Wadah Baru on Sabtu, 30 September 2017 | 2:30 PTG

Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengucapkan syabas kepada ahli Parlimen Batu Tian Chua yang sedia untuk dihukum penjara atas tuduhan melakukan pencerobohan di premis Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) pada 28 April 2012.

Beliau berharap perjuangan Tian Chua dan pembangkang yang lain akan terserlah tidak lama lagi.
“Semoga regim kleptokrasi akan ditumbangkan melalui kebangkitan rakyat dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad berkata, beliau mengenali Tian Chua sejak bergerak dalam NGO dan apabila beliau dipilih oleh Pas mengetuai Jawatankuasa Mobilisasi dan Demokrasi, banyak himpunan yang diadakan dan Tian Chua antara yang tidak pernah gagal menyertainya.

“Apabila setiap kali himpunan nak diadakan, Tian Chua muncul untuk memberikan pandangan-pandangan dalam mesyuarat, bahkan turut terlibat secara aktif di setiap himpunan.

“Dari himpunan Bersih 1 sampailah ke Bersih 5, Tian Chua tidak pernah ketinggalan, dan jika saya dipilih sebagai komander himpunan, Tian Chua adalah timbalannya.

“Kami saling berganding bahu turun ke jalan raya mengadakan himpunan menuntut pilihan raya yang bersih, kehakiman yang luhur, iaitu kami usahakan melalui himpunan rakyat secara aman,” katanya.

Semalam, Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR menarik balik rayuan beliau di Mahkamah Rayuan Putrajaya dan sedia untuk dihukum penjara atas tuduhan melakukan pencerobohan di premis Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) pada 28 April 2012 setelah ditahan kerana menghadiri Himpunan Bersih.

Beliau memberi kenyataan di kandang tertuduh.

Jika sabit kesalahan Tian Chua boleh dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1000.
Hukuman ini tidak membolehkan beliau menjadi calon pilihan raya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger