Gabungan empat parti dalam Pakatan Harapan (PH)dijangka akan sekali
lagi dapat menumbangkan dan mengugat undi Barisan Nasional (BN)
sebagaimana pernah berlaku dalam dua kali Piluhan Raya Umum pada 2008
(PRU12) dan 2013 (PRU(13) lalu.
Ketua Sekretariat PH Perak V Sivakumar berkata, beliau yakin rakyat
negeri Perak akan membuat keputusan yang bijaksana untuk memilih PH demi
masa hadapan dan pembangunan negeri.
“Kali ini, gabungan empat parti iaitu DAP, PKR, Amanah dan PPBM akan
menentang BN di Perak. Kekuatan pakatan pembangkang telah bertambah
kuat.
“Saya percaya Pakatan Harapan bukan sekadar menang, malah akan menang
besar dengan jumlah kerusi yang banyak dan undi populariti yang jauh
lebih tinggi berbanding dengan PRU12 dan PRU13,” ujarnya dalam
kenyataan.
Ahli Parlimen Batu Gajah ini juga berkata, rakyat Perak mahukan
perubahan. Percubaan untuk menukar kerajaan pada tahun 2008 telah
berjaya tanpa disangka BN buat pertama kali kalah di Negeri Perak dalam
PRU12.
“DAP, Pas dan PKR telah memenangi 31 kerusi di Dun Perak berbanding dengan 28 kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional.
“Kelebihan 3 kerusi itu telah memberi peluang kepada ketiga-tiga
parti pembangkang bergabung di bawah Pakatan Rakyat dan kemudiaanya
menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.
“Walau bagaimanapun, kerajaan Pakatan Rakyat yang rapuh itu telah
mudah dirampas oleh Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd
Najib Tun Razak,” ujarnya setelah tiga Adun melompat keluar daripada
Pakatan Rakyat dan berjinak dengan BN.
Justeru katanya lagi, Kerajaan Pakatan yang dipilih dan diberi mandat
oleh rakyat Perak tumbang setelah dirampas kuasa oleh kerajaan BN yang
rakus.
Ini menyebabkan percubaan kali kedua, iaitu dalam PRU13, Pakatan
Rakyat Perak gagal merampas kembali negeri itu, walaupun berjaya
memperolehi 54% undi populariti.
“BN menang 31 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula hanya memperolehi 28 kerusi.
“Kekalahan tipis ini menyebabkan rakyat Negeri Perak terpaksa menderita selama 5 tahun.
“Negeri Perak telah jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negari
di bawah Pakatan Harapan hari ini. Pulau Pinang dan Selangor di bawah
Pakatan Harapan telah memperkenakan pelbagai polisi yang amat
menguntungkan rakyatnya.
“Tetapi, Negeri Perak tidak ada apa-apa polisi yang boleh dibanggakan sejak 9 tahun yang lalu di bawah kerajaan BN.
“Masa sudah tiba, sekali lagi rakyat Negeri Perak akan diberi peluang
untuk keluar mengundi dalam PRU14 ini untuk memberikan undi mereka
kepada Pakatan Harapan,” ujarnya.
PH Perak bersedia sekali lagi tewaskan BN dalam PRU14
Written By Wadah Baru on Khamis, 11 Januari 2018 | 2:41 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan