Oleh Malaysiakini
PAS akan dilihat sebagai parti teokratik dan
autokratik jika terus menjadi eksklusif dengan merekrut anggota dari
kalangan yang berkelulusan pengajian Islam, tegas MP Shah Alam Khalid
Samad.
Dalam tulisan terbaru di blognya hari ini, Khalid berkata pemimpin dari
kumpulan profesional memberi amaran berhubung kecenderungan sikap
eksklusif yang semakin meningkat, yang menolak ahli yang bukan ulama.
Beliau
berkata perkara tersebut bercanggah dengan ajaran dan sikap yang
ditunjukkan oleh bekas mursyidul am Datuk Nik Aziz Nik Mat yang
menekankan kerjasama antara ulama dan profesional dalam parti.
Khalid menegaskan sikap tersebut akan menyebabkan masyarakat menjauhkan diri daripada PAS.
Akibatnya, PAS akan gagal dalam tugasnya sebagai sebuah parti politik,
yang seharusnya bersikap terbuka dan bertindak adil kepada semua pihak,
katanya.
"Sedangkan bukan itu kehendak Islam atau pun kehendak PAS itu sendiri,"
katanya sambil menambah parti itu sepatutnya mengambil ahli tanpa
mengira latarbelakang kelulusan agama.
Beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa PAS pusat berkata kebenaran
ucapan seseorang sepatutnya berdasarkan perbahasan berbanding statusnya
sebagai ustaz.
Menurutnya lagi, sikap inklusif yang membuka pintu kepada individu yang
tidak berkelulusan pengajian Islam, sepatutnya dijunjung dalam parti.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan