Oleh Ust Suhaimi Kassim
Adalah Nabi SAW seorang yang sangat suka bermesyuarat dengan para Sahabatnya...
Apakah yang dimaksudkan dengan hadis ini?
Satu perkara yang kita kena ingat bahawa hukum syarak ini ada dua bahagian. Hablum minallah dan hablum minannas.
Hablum
minallah itu tiada tolak ansurnya melain ia perlu dilaksanakan dengan
pelbagai syaratnya. Keringanan diberikan dalam hal hal keuzuran. Dalam
hal ini, tiada syura yang diperlukan.
Adapun dalam hal ehwal
mentadbir manusia, syura ada sunnah TERPENTING Nabi SAW. Ia juga adalah
perkara yang disuruh oleh Allah SWT:
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ
اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ
لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ
وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maka dengan sebab
rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),
engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan
pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati,
tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka
(mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah
ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
(peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah
berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal
kepadaNya.
�� Amalan syura di atas datang dalam bentuk fe'el Amar. Maknanya wajib (atau hampir kepada wajib)
Sifat
meninggalkan syura adalah sifat diktator. Itulah amalan Firaun dan raja
raja yang lain.... Meninggalkan (mengingkari) keputusan syura dalam hal
ehwal manusia pula bertentangan dengan sunnah Nabi SAW spt keputusan
berperang di luar dalam perang Uhud. Adakah pernah diriwayatkan di mana
mana hadis, Nabi SAW mengingkari keputusan syura?
Di dalam
perang, ketua dibenarkan menggunakan kuasa vetonya (diktator) kerana
tabiat perang itu memerlukan keputusan yang sangat cepat. Keadaan perang
berbeza dengan keadaan pemerintahan.
Manusia apabila terlalu
lama memegang kuasa, ia pasti akan rosak / menyeleweng / corrupt
menggunakan kuasanya.... Kecuali yang beriman dan beramal soleh....
Dengan
beberapa siri pelanggaran keputusan mesyuarat JKKP.... malah
mengkhianati pula tahaluf siyasi di dalam masalah MB Selangor, adakah
para alim ulama pas mahu menghalalkan perbuatan presiden dengan
mengeluarkan alasan bahawa presiden adalah suatu institusi yang
mempunyai keistimewaan tanpa had?
Mengqiaskan perbuatan presiden
dengan Nabi SAW adalah satu qias ma'al fariq. Segala perbuatan Nabi yang
tidak bersifat syura adalah berdasarkan 'wahyu terus' spt perjanjian
hudaibiyah.
Mengapa para sahabat RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW
seorang yang paling banyak bersyura? Jawapannya, realiti pada masa itu
(dan sepanjang zaman), sudah menjadi tabiat diktator, mereka tidak suka
bersyura di dalam hal ehwal hablum minannas.
Amalan institusi
presiden adalah amalan barat.... Adakah TITM mahu mengaitkan amalan
jahiliyah ini dengan sistem pemerintahan Islam?
Bagi ana, pandangan TITM itu tidak betul dari segi syaraknya dan juga dari sudut etikanya....
Wallahua'lam
Ust Suhaimi Kassim sanggah pembelaan Tuan Ibrahim terhadap Presiden Pas
Written By Wadah Baru on Selasa, 30 Jun 2015 | 9:44 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan