Oleh Zikri Kamarulzaman
Kepimpinan PAS sekarang tidak mewakili sebuah
parti politik Islam yang sebenar, dan juga kadang kala memalukan agama
itu, dakwa bekas seorang pemimpin parti itu
Bercakap kepada Malaysiakini, anggota parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata perkara tersebut disebabkan oleh tindak tanduk pemimpin-pemimpin parti.
"Secara
keseluruhannya, kami percaya bahawa PAS, atau lebih tepat pemimpin,
telah sampai ke titik di mana kedudukan dan tingkah tanduk yang tidak
mewakili parti politik Islam yang sebenar.
"Kadang kala ia memalukan Islam di mata orang ramai, orang Islam atau bukan Islam," katanya.
Dr Hatta berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dalam parti,
tetapi beliau tidak melihat sebarang usaha serius untuk membetulkan
keadaan.
"Sebaliknya, membantah dan pertentangan idea ditafsirkan sebagai menentang ulama," kata bekas pengarah pilihan raya PAS pusat.
Sementara
itu, diminta mengulas bagaimana PAS dikatakan memalukan Islam, MP Shah
Alam Khalid Samad memberi contoh antara lain keputusan PAS bertanding di
Kota Damasara yang menjadi kerusi PKR sejak pilihan raya umum 2008.
Pengerusi PSM Nasir Hashim sepatutnya mempertahankan kerusi DUN bagi
penggal kedua atas tiket PKR, namun PAS meletakkan calon menjadikan
pertandingan enam penjuru dan akhirnya dimenangi BN.
"Nasir adalah ADUN dan tidak ada rungutan terhadap beliau sejak lima
tahun kemudian tiba-tiba pada 2013, PAS letak calonnya sendiri dan tidak
memberi penjelasan sebabnya, di samping mengkritik sosialisme, dan
begitu dan begini," katanya kepada Malaysiakini.
Langkah itu telah dilabel sebagai pengkhianatan PAS, dan menyebabkan parti itu dikritik hebat.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan