Home » » 10 Peluru, Hanya Sebutir Untuk Regim UMNO BN!

10 Peluru, Hanya Sebutir Untuk Regim UMNO BN!

Written By Wadah Baru on Rabu, 1 Julai 2015 | 10:00 PTG

Oleh Aiman Athirah Al Jundi
Ketika Kerajaan membuat dasar mewujudkan RON95 menggantikan RON96 untuk kegunaan kereta
rakyat kebanyakan, ramai rakyat membantah kerana ia bermakna penurunan kualiti minyak petrol itu sendiri.

Ia menyamai dasar mewujudkan LCCT setelah KLIA wujud dan masih upaya menampung keperluan industri penerbangan negara. Tapi hujjahnya penerbangan LCCT itu jauh lebih murah, dan wajarlah untuk yang kurang berada.

Demikian analogi yg sama digunakan atas kewujudan RON95. Untuk lebih menenangkan amarah dan ketidakpuasan hati rakyat, maka kita semua dijanjikan RON95 akan mengalami kestabilan harga dan janji kerajaan ia tidak akan dinaikkan. Itu kononnya rasional Kerajaan terhadap dasar terbaru berkaitan bahan bakar negara ini.

Hakikatnya, sama seperti yang sudah2...kata2 itu sekadar janji manis Kabinet Malaysia pimpinan Najib Tun Abdul Razak.

Meski di sana ramai yang mahu menjadi ahli falsafah bermain kata2 yang akhir tujuannya adalah mahu rakyat terus akur dan bersabar, terima segalanya seadanya.

Siapa yang akur dengan pola penipuan dan pembodohan berulang ini sila kan.

Bukankah daripada 10 peluru yang jika kalian ada, hanya sebutir untuk Regim Umno BN yang dzalim? Lagi 9 butir kalian gunakan untuk merebut kedudukan dan kuasa yang kalian idamkan?! Tahniah.

Saya dan ramai lagi rakyat Malaysia pilih untuk terus LAWAN. In shaa Allah

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger