Home » , » Akar umbi GHB yakin parti baru dapat menggantikan PAS

Akar umbi GHB yakin parti baru dapat menggantikan PAS

Written By Wadah Baru on Ahad, 30 Ogos 2015 | 2:24 PTG

Oleh Alyaa Alhadjri 

Peranan PAS dalam menggerakkan hadirin Melayu dalam perhimpunan 34 jam telah menjadi subjek
perbincangan di kalangan pemerhati.

Malah sehingga ada yang menyindir bahawa jumlah kehadiran keseluruhan adalah “kemenangan buat DAP” - berdasarkan apa yang dilihat hadirin majoriti dari kaum Cina, daripada lebih 100,000 penunjuk perasaan.

Ketiadaan PAS telah diselamatkan oleh kumpulan serpihannya, Gerakan Haapan Baru (GHB).
Krew Unit Amal dengan berbaju merah hati telah digantikan oleh 500 orang skuad beruniform Arif GHB berwarna hitam dan jingga.

Seorang ahli GHB dari Pontian, Johor, Noorsaiful Amri Suloh berkata beliau telah bermalam di jalanan dan ianya “berbaloi”.

"Kita muda-muda tidur atas jalan. Kita hantar mesej yang jelas," kata beliau.

Noorsaiful memberitahu Theantdaily bahawa GHB sedang bersiap-sedia untuk melancarkan parti rasmi mereka pada 31 Ogos.

“Kami telah bersedia. Pada saat parti ini dilancarkan, ramai daripada kami di PAS Johor akan keluar parti dan menyertai parti baru ini,” kata Noorsaiful.

“Terdapat ramai daripada kami (GHB) di Bersih 4 tetapi kami masih lagi belum diiktiraf,” kata beliau berkaitan kehadiran penunjuk perasaan berbangsa Melayu yang mengecewakan.

Terlebih dahulu awal minggu ini, ahli jawatankuasa induk GHB Mujahid Yusof Rawa berkata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah menolak permohonan mereka untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam SeMalaysia.

Noorsaiful, bagaimanapun, berkata beliau yakin bahawa parti baru GHB akan berjaya meraih sokongan akar umbi PAS di Johor, kerana idea untuk menubuhkannya dicetuskan ketika "Himpunan Jasamu Dikenang" yang dianjurkan di negeri itu.

Perhimpunan itu telah dianjurkan berikutan pemimpin progresif PAS dicantas pada pemilihan parti itu, menentang kelompok ulama di bawah presiden Abdul Hadi Awang.

Keputusan oleh PAS untuk tidak menggerakkan ahlinya jelas sekali kerana politik, selepas berpecah dengan DAP dan kematian Pakatan Rakyat.

Di lapangan, bagaimanapun, penunjuk perasaan sendiri lebih peduli tentang menghantar satu mesej, tetapi dengan ‘jutaan’ cara berbeza.

Malahan hujan yang telah mula turun pada sekitar jam 3.30 petang tidak mematahkan semangat mereka.

Jika apa-apa pun mereka bertenaga semula selepas hampir dua hari berpanas terik.

Bagaimanapun, ia kelihatan akan kembali hangat sekali lagi dengan penampilan kedua bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. - See more at: http://bm.theantdaily.com/















0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger