OLEH NAHAR MD NOR
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak ahli-ahlinya serta seluruh
rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum dan agama untuk turut serta bagi
menjayakan perhimpunan aman BERSIH 4.
Perhimpunan aman rakyat ini
adalah salah satu cara bagi menyatakan bantahan rakyat dalam sistem
demokrasi yang diamalkan dalam negara kita ini.
Hak untuk berhimpun telah dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Perhimpunan Aman 2012.
Akhir-akhir
ini, kita melihat pelbagai kezaliman dan kemungkaran termasuk salah
guna kuasa dan wang dilakukan. Para pemimpin dan penjawat awam telah
berusaha dengan pelbagai cara bagi membanteras kezaliman dan kemungkaran
ini.
Sekarang, tiba pula giliran rakyat bagi menyatakan bantahan
terhadap kezaliman dan kemungkaran ini dengan sama-sama menyertai
perhimpunan aman ini.
Dalam sejarah negara ini, beberapa perubahan
telah dapat dicapai melalui perhimpunan aman termasuklah perhimpunan
bagi membantah Malayan Union pada tahun 1946.
Para peserta
perhimpunan diingatkan agar beradab dan berdisiplin, dan mematuhi segala
arahan pihak penganjur serta mengelakkan melakukan sebarang keganasan
atau kebiadaban.
Bagi yang beragama Islam, segala tuntutan Islam termasuk solat fardu hendaklah dipenuhi.
Moga
perhimpunan ini akan membantu usaha bagi membanteras kezaliman dan
kemungkaran dalam negara. Moga keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan.
NAHAR MD NOR setiausaha agung IKRAM.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan