Home » , » Bagaimana PAS Hendak Lawan DAP ?

Bagaimana PAS Hendak Lawan DAP ?

Written By Wadah Baru on Isnin, 24 Ogos 2015 | 12:15 PTG

Oeh Zul Mohamed

1. Pemimpin PAS tak perlu terikut-ikut dengan nada dan irama Umno untuk lawan DAP.

2. Hanya untuk menarik undi Melayu, parti itu tidak perlu melontar tohmahan tanpa asas, meniup sentimen kaum dan kebencian agama. Ia tidak akan membantu imej agama PAS.

3. Apa yang perlu, PAS kena lawan bersaing dengan DAP. Jadikan Kelantan sebagai model terbaik untuk lawan P.Pinang yang diterajui DAP.

4. Pada pengamatan saya, meskipun baru penggal ke-2, DAP mentadbir P.Pinang, parti itu dilihat mendahului PAS dalam banyak aspek.

5. Antaranya kecekapan, ketelusan dan integriti kerajaan negeri.

6. Misalnya, pengisytiharan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri P.Pinang dan para exconya. Kelantan gagal menterjemahkannya dalam pentadbiran negeri.

7. Sewaktu era Nik Aziz, kelemahan itu ditutup dengan kehidupan zuhud Menteri Besar.

8. Itu belum bicara soal pengurusan kewangan dan ekonomi negeri. P.Pinang tiada sumber asli seperti balak di Kelantan. Namun, pencapaian P.Pinang jauh mendahului Kelantan.

9. Rakyat sudah jelek dengan retorik muluk-muluk tentang Islam. Rakyat hendak lihat dengan mata kepala, bukti pentadbiran Islam lebih baik daripada sekular....

Mampukah PAS Kelantan bersaing dengan DAP dan PKR P.Pinang .... ?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger