Home » , » Mantan YDP Pas Batu GAJAH, umur 80 tahun masih mahu berjuang.

Mantan YDP Pas Batu GAJAH, umur 80 tahun masih mahu berjuang.

Written By Wadah Baru on Selasa, 25 Ogos 2015 | 8:04 PG

Kalau beliau tidak diperkenalkan oleh pengerusi majlis, nescaya mungkin ramai tidak akan peduli apa yang akan dikatakan oleh seorang pak cik tua yang umurnya telah mencecah 80an ini.

Pengerusi Majlis malam itu, En. Abdul Rahim, dengan hormatnya, telah memperkenalkan Pak Cik Tua ini, beliau adalah Tuan Haji Ibrahim Malik, mantan YDP Pas Batu Gajah. Tuan Haji Ibrahim telah bersama PAS melebih 30 tahun.

Bagi seorang yang telah berumur seperti Haji Ibrahim bersusah payah untuk bersama dalam majlis penerangan GHB ini sudah tentu ada sesuatu yang beliau hendak sampaikan atau kongsikan bersama dengan generasi yang rata-rata  bertaraf anak kepada beliau.

Kesungguhan beliau ini telah  membuktikan beliau adalah seorang pejuang yang sejati, tiada istilah muda atau tua dalam perjuangan menegakkan keadilan ini.

Jauh sekali untuk dikatakan beliau dari kumpulan yang kecewa. Kalau beliau seorang yang kecewa lebih baik beliau bersama anak-anak dan cucu-cucu lebih2 lagi dalam usia sebegini.

Dan bukan juga beliau dari kumpulan manusia yang gilakan pangkat atau jawatan dalam jemaah ini. Bagi seseorang seperti beliau yang telah melalui segala tribulasi dalam perjuangan politik Islam selama lebih dari 30 tahun dan juga turut melalui program tarbiyah dari mereka yang ikhlas dalam perjuangan ini, agenda seperti ini tiada dalam kamus kehidupannya.

Kalaulah jawatan dan pangkat yang hendak dikejar, gerakan Islam bukanlah tempatnya.

Majlis Penerangan GHB kawasan Gopeng malam itu telah  mencatatkan satu sejarah. Pengerusi Majlis telah mengumumkan bahawa Tuan Haji Ibrahim kini bersama GHB.

Ini merupakan satu keberanian kerana bagi ahli PAS, lebih-lebih lagi bagi  seseorang yang telah berumur seperti Tuan Haji Ibrahim, untuk bersama GHB merupakan satu keputusan yang amat berat kerana mereka terpaksa berpisah dengan jemaah yang mereka sangat sayangi.

Lebih berat dari itu berbagai- bagai ujian dan mehnah pula sedang menanti mereka.
Antaranya mereka akan digelar sebagai orang yang keluar dari “jemaah” Islam, khawarij, munafiq dan hatta ada diantara mereka menerima berbagai ugutan yang menakutkan. 

Dan bermacam-macam lagi cercaan yang lain yang kita tidak boleh bayangkan ianya datang dari sebuah kumpulan yang mengatakan mereka adalah sebuah gerakan Islam.

Tuan Haji Ibrahim bangun dan menjelaskan kepada semua yang hadir mengapa beliau meninggalkan Pas dan mahu bersama GHB.

Beliau memberitahu bahawa beliau amat faham gaya kepimpinan TG Haji Yusuf Rawa, TG Ustaz Fadhil Noor dan TG HAJI Nik Abdul Aziz namun kepimpinan President Pas sekarang amat berbeza sekali.

Bagi beliau President Pas sekarang telah gagal dalam kepimpinannya. Banyak perkara yang tidak dilakukan untuk menyelamatkan PAS. Antaranya beliau gagal menyatukan ahli-ahli yang berbeda dari segi pendekatan politik. Banyak lagi perkara lain  yang diperkatakan oleh beliau.

Walaupun pendek, ringkas dan lembut percakapaanya namun ianya mempamerkan satu kewarasan dalam  berpolitik, mampu berhujah dan tidak tenggelam dalam sindrom kefanatikan.

Apa yang berlaku dalam Pas bukan masalah aqidah atau wala’ hingga tahap boleh memunafiqkan atau mengkafirkan seseorang.

Ianya masalah kepimpinan dan  tadbir-urus  sesebuah organsasi. Pas sebagai parti Islam mesti menjadi contoh yang baik kepada kepada semua rakyat Malaysia, orang Islam dan bukan Islam.

Contohnya perkara asas seperti berpegang pada janji dan boleh berlaku adil kepada ahlinya sendiri dan juga bukan ahlinya.

Islam bukan agama marah-marah dan label-melabel.

Islam adalah rahmatan lil a’lamin.

abu hakim
27 Ogos, Pengkalan Pegoh,  Ipoh

Catatan semasa Mesyuarat Penerangan GHB Kawasan Gopeng pada malam 25 Ogos, 2015.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger