Oleh Mohd Sayuti Omar
Khabarnya laman web Bersih 4 sudah tidak boleh diakses sejak petang semalam. Apakah ianya sudah diblock?
Sebelum ini menteri Komunikasi dan Multi Media baru, yang dilantik menjadi pengawal pintu kekuasaan Najib, Salleh Said Kruak ada membayangkan kemungkinan web yang pro Bersih akan disekat.
Kalaulah benar bagaikan dikata, alangkan dayusnya SKMM khasnya menteri yang bertanggungjawab ke atasnya.
Kalau pun hendak sekat dan halang maklumat untuk rakyat bukan begitu caranya. Kerajaan boleh berlawan secara sihat misalnya dengan memberi hujan dan fakta-fatka yang akurat. Bukankah kerajaan UBN ada skuad cyber troopernya sendiri.
Penyekatan maklumat kepada rakyat, kaedah ugutan dan sebagainya adalah sesuai dilakukan pada zaman batu.
Bahkan dizaman batu pun kebebasan bersuara dan menggunakan teknologi IT ini sudah diamalkan.
Tengok dalam filem Labu Labi arahan P Ramlee, Tarzan pun menggunakan typewiter.
Typewriter itu boleh disimbolkan kepada android yang digunakan untuk akses maklumat hari ini. Iglo and bahlol.
Wassalam Mso.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan