Home » » Catatan dialog Harapan Baru di Baling

Catatan dialog Harapan Baru di Baling

Written By Wadah Baru on Selasa, 4 Ogos 2015 | 4:23 PTG

BismillahirRahmanirRahim

CATATAN DIALOG DI PEKAN BALING, KEDAH

Ada hadis yang bemaksud

"Sesiapa yang meninggalkan jamaah Islam, jika ia mati, matinya dikira mati dalam jahiliyyiah"

Dan satu lagi hadis yang bermaksud.

"Sesiapa yang meninggalkan jamaah Islam maka layak dibunuh"


Ulasan:

Apakah maksud jammah Islam ?

1. Jamaah Islam yang dimaksudkan adalah sebuah Kerajaan Islam yang mempunyai khalifah dan kuasa. Buat masa ini tiada lagi jamaah Islam seperti itu.

2. PAS bukanlah jamaah Islam yang dimaksudkan oleh hadis di atas. Jika dikatakan PAS jamaah Islam seperti maksud hadis, mengapakah perlembagaan PAS membenarkan seseorang ahli PAS meminta berhenti menjadi ahli PAS, dan juga perlembagaan PAS membenarkan PAS dimansuhkan. Apakah ahli PAS yang meminta berhenti atau dipecat akan dihukum bunuh. Sudah tentu tidak kerana PAS bukanlah berstatus jamaah yang dimaksudkan hadis di atas.

3. PAS hanyalah salah satu dari jamaah Islam dari jamaah-jamaah Islam yang lain yang setaraf antara satu sama lain yang hanya berbeza dari sudut pendekatan dan sama dari segi aqidah.

4. Dari segi usaha memacu kecemerlangan Islam pada masa deoan, berbilang-bilang jamaah Islam adalah lebih baik dan banyak manfaatnya kepada Islam kerana ia boleh menerokai keberbagai segmen masyarakat dengan berbagai pendekatan strategik masing-masing di dalam masyarakat Islam dan Bukan Islam.

5. Kesimpulannya adalah tidak salah adanya banyak jamaah Islam.kerana setiap jamaah Islam tentu ada kekuatannya yang tersendiri dalam suasana ketiadaan Imamul Uzma yang menerajui sebuah Kerajaan Islam yang satu di atas muka bumi Allah ini seperti jamaah yang dimaksudkan oleh hadis di atas. Jamaah yang dimaksudkan oleh hadis di atas sudah lenyap sejak sekian lama dan masih belum muncul hingga kini maka hukumnya pun tidak ada.

Kaedah feqah "Tidak ada sebab maka tidak adalah hukuman"

Semoga bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih

ARIS AWANG
Catatan dari dialog HB di Pekan Baling Bersama Ustaz Ahmad Awang dan Dr. Mujahid Yusof Rawa

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger