Home » , » Karakusan Najib Razak ...

Karakusan Najib Razak ...

Written By Wadah Baru on Isnin, 10 Ogos 2015 | 12:34 PTG

Oleh Faiz Fadzil

Kerakusan Najib Razak terus berkuasa berikan 'Impak Maksima' kepada kemerosotan ekonomi dan masalah sosial rakyat Malaysia.

Hari ini nilai mata wang negara Ringgit Malaysia adalah RM 3.93 berbanding 1 dolar US. Reserve Bank Negara pula kini hanya tinggal RM 100 billion, sedangkan hutang negara melebihi RM 800 billion. Ia adalah bukti kemerosotan ekonomi negara yang tidak dapat dikawal lagi oleh Najib Razak.

Penurunan nilai mata wang disebabkan pelbagai faktor termasuk kehilangan kepercayaan pelabur luar terhadap urustadbir kewangan dan pentadbiran yang bersih dan baik apabila pemerintah umnobn dilanda krisis korupsi dan penyelewengan dana awam yang semakin parah. Aliran keluar pelaburan asing kini mencecah RM 11.6 billion.

Peningkatan harga barang dan petrol ditambah dengan pelaksanaan gst telah memburukkan lagi keadaan ekonomi yang menyebabkan kelembapan pergerakan urusniaga. Semakin kurang pengguna berbelanja semakin merosotlah aktiviti dan pendapatan industri perniagaan dalam semua sektor samaada runcit, kecil dan sederhana, pertanian dan perladangan.

Jika keadaan ini berterusan dan gagal dipulihkan, inflasi akan terus meningkat, rakyat akan terus terhimpit dengan tekanan kemiskinan, kehilangan pekerjaan jika kilang-kilang ditutup yang akhirnya menyebabkan masalah sosial meningkat termasuk perceraian, kebankrapan, lelongan rumah dan penjejasan pendidikan. Maka, masa depan anak muda kian terancam.

Rakyat harus terus bangkit menentang kerajaan umnobn kerana ibu krisis ekonomi ini adalah sistem urustadbir pentadbiran dan kewangan yang korup. Skandal 1MDB ini bukan perkara baru, tetapi habit pemerintah umnobn yang sering dilanda skandal korupsi seperti PKFZ, Perwaja Steel dan NFC dan lain-lain.

‪#‎SelamatkanMalaysia‬
Faiz Fadzil
Pengarah Komunikasi
Gerakan Anakmuda ‪#‎HarapanBaru‬
10 Ogos 2015

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger