Home » , » Selamatkan dan beri harapan baru untuk Malaysia!

Selamatkan dan beri harapan baru untuk Malaysia!

Written By Wadah Baru on Isnin, 10 Ogos 2015 | 1:04 PTG

Oleh Young Syefura Othman

Majoriti rakyat sedang mengalami kekecewaan dengan prestasi dan prospek muram ekonomi di bawah pentadbiran Umno dan Barisan Nasional (BN).

Rakyat juga sudah hilang keyakinan dengan kerajaan pimpinan Najib yang bergelut dengan pelbagai skandal dan salah guna kuasa.

Rakyat terutamanya golongan muda sedang gelisah, tersempit dan tidak pasti tentang masa depan negara yang bergelut dengan permainan politik, masalah sosial, masalah taraf hidup, pengangguran dan rasuah.

Saya rasa, tahap kekecewaan rakyat terutama golongan anak muda berada di tahap tertinggi sekarang. Saya bimbang jika mereka kekal kecewa, mereka akhirnya akan enggan turut serta secara aktif di dalam aktiviti  dan proses politik termasuk proses pilihan raya itu sendiri.

Sejarah negara sudah membuktikan anak muda adalah agen pencetus perubahan.

Pemimpin-pemimpin yang ada sekarang seperti Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim satu seketika dahulu merupakan pemimpin pemuda dan sudah berjuang untuk rakyat dari usia yang sangat muda.

Daripada terus menjadi penonton drama politik bersiri tragis yang sedang ditayangkan di negara ini dan semakin kecewa dari hari ke hari, saya mengajak anak-anak muda supaya sedar dan cakna tentang masalah-masalah negara.

Ambil kedudukan dalam isu ini dan berganding tenaga dan fikiran untuk selamatkan Malaysia yang kita sayangi.

Jika orang muda rasa isu-isu pentadbiran, korupsi dan salah guna kuasa ini tiada kena mengena dengan kehidupan mereka sekarang kerana mereka masih selesa untuk hidup, kerja, makan, tidur, berlibur, ingatlah jika Malaysia tidak diselamatkan dan tidak diubah sekarang, sedikit demi sedikit keselesaan mereka ini akan dirampas.

Mungkin bukan untuk mereka tetapi adik, anak mereka dan generasi seterusnya.
Seterusnya, anak muda harus komited dan harus mempunyai niat dan pegangan yang jelas dalam mencetus perubahan dalam negara.

Anak muda harus sentiasa memperjuangkan politik dan perubahan yang progresif, yang dapat menggerakkan negara ini dalam lubang kegagalan semakin mendalam.

Malaysia tidak akan maju ke hadapan jika kita masih percaya pada parti dan politik yang sentiasa mengagalkan negara.

Malaysia tidak akan maju ke hadapan jika tembok perkauman dan agama tidak dirobohkan dikalangan anak muda.

Malaysia tidak akan maju ke hadapan jika anak muda pentingkan keselesaan diri sendiri sahaja.
Malaysia tidak akan maju ke hadapan jika anak muda tutup mata,hati, mulut merelakan penindasan,penipuan, rasuah dan salah guna kuasa.

Malaysia tidak akan maju ke hadapan jika anak muda hanya menjadi yes men dan mengikut telunjuk orang tua berfikiran sempit dan pemimpin tua korup.

Malaysia tidak akan maju kehadapan malah akan gagal jika anak muda tidak selamatkan Malaysia!
Malaysia tidak akan maju kehadapan dan mungkin akan gagal jika anak muda tidak bangkit selamatkan dan beri HARAPAN BARU untuk Malaysia!


* Penulis merupakan koordinator Impian Kelantan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger