Hormat semua. Lewat malam tadi seorang pimpinan tertinggi GHB telefon saya minta untuk minum
malam dengan saya. Saya tinggalkan buku yang baru saya hadap dan terus berjumpa pemimpin berkenaan.
Banyak perkara yang diajukan kepada saya dan beliau juga memberi tahu perkembangan dalam GHB yang positif dan memberangsangkan.
Yang nyatanya dia sedih dan amat berat untuk mengambil keputusan
komited dan bersama GHB.
Nostalgia dan kenangan suka duka dengan Pas sangat banyak. Bahkan katanya Paslah yang mengajarnya erti perjuangan, politik dan juga merasai tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat.
Tetapi apa boleh buat, disebabkan pimpinan baru dalam Pas, khasnya budak-budak yang baru mengenal kuasa dan kedudukan dalam Pas semacam enggan berkompromi dan berdamai dengan pihak yang kalah dalam pemilihan, mereka juga tidak hentikan maki hamu dan cercaan, dia menjadi begitu angkuh, akhirnya dia membuat keputusan amat berat.
"Sheikh jangan salah sangka kepada ana, ana sudah habis berfikir dan keputusan yang mungkin ana ambil ini dijerkahi oleh sejarah," katanya.
Saya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa dan faham kenapa dia memanggil dan menjelaskan situasi dirinya. Dia sangat mengingati saya dalam keadaan apa sahaja. Dia juga seorang kawan yang saya sanjungi.
Saya nampak kedua belah matanya berkaca, kemudian dia menundukkan muka ke meja dan menangis seperti budah. Ah... beginilah keadaan seorang pejuang yang ada moral dia akan berfikir panjang sebelum mengambil keputusan.
"Apakah enta sudah istikharah seperti mana diajar oleh Tok Guru Nik Aziz?' soal saya selepas dia mengangkat muka dengan belenjaan air mata.
"Hah..." dia mengangguk dan airmata berberai di atas meja. Dan malam tadi sepanjang malam saya tidak bisa melelapkan mata kerana mengenang kawan itu. Trims.

Atas hujjah syarie apa yang dia meninggalkan PAS?
BalasPadamSekadar untuk mengikut rentak DAP untuk menggulingkan TGHAH?
Tidakkah DAP yg terlebih dahulu memutuskan hubungan dgn Presiden tapi kononnya bekerjasama dgn PAS? Tidakkah ini petanda jelas DAP mahu PAS menggulingkan Presiden dan campur-tangan dlm urusan dalaman PAS?
Apakah perkara semudah ini tak mampu dibaca oleh the so-called "PROFESSIONALS"
Apakah memenuhi kehendak DAP lebih penting/aula daripada mempertahankan maruah pemimpin sebuah Jemaah Islam yang dipilih secara demokrasi oleh muktamar?
Maaf, Aku tak jumpa Islam di dalam langkah tindakan kamu.